Sunday, 29 September 2013

Hidden Talent



Assalamualaikum :D 

hari ni 29 hari bulan 9 2013. hari mendung. hari cuti. hari ahad. okbai aku tak tahu nak tulis apa sebenarnya. first thing nak cakap, aku ada cuti lagi seminggu sebab kelas akan start 7 hari bulan oktober ni. 

yeayyy.. *baca dengan nada tak ikhlas di sini.*

bila kelas tak start lagi, maknanya aku kena duduk shah alam ni bergoyang kaki lagi seminggu. tak buat apa. ma tak bagi balik sebab hari tu baru balik sebab nak siapkan borang mara dan insha Allah aku akan balik masa raya haji ni pulak. (makan daging.. yeayyyyy!!! daging bakar, daging goreng, sup daging, daging gulai, kari daging, daging... daging~~~ heaven!)

ok persoalannya di sini, apa aku nak buat masa cuti ni? krik krikkk... study before masuk first kelas degree?? err tak kot. buku pun tak beli apa lagi. course outline pun tak tahu lagi. and that's that. baca novel? errr... aku tak bawak satu pun novel ke sini. semua tinggal kat rumah. 

ok last sekali aku cuba nak asah bakat melukis. muahahahahahaa.. bajet betul. aku ni bukan tangan seni and aku lama giler dah tak melukis. idea nak melukis ni tetiba popped up dalam kepala aku masa dekat majlis pelancaran eye centre-prevent blindness. sebab masa kitorang register tu dia ada bagi beg kertas yang ada pensel. dan sebab bila aku guna pensel tu untuk conteng buku (ye laa tangan aku ni gatal sikit. bukan boleh duduk diam kalau ada pen ke pensel kat depan mata.) pastu aku rasa macam pensel tu bagi aura aku untuk melukis..

oooooo....kayyyy.. this may sounds scary and creepy lagi-lagi part yang 'pensel-tu-bagi-aura-aku-untuk-melukis'. agak-agak laa kan pensel tu ada aura ala-ala tok bomoh nak hasut aku macam ni... "lukis laa~~" "lukis laa~~~" :/ enough merapu. aku tak tahu nak cerita macam mana nak cakap yang bila aku pegang pensel tu aku jadi nak melukis. bukannya pensel tu bawa aura menghasut ke apa tapi pensel tu macam kena dengan tangan aku. errr.... apa aku merepek ni! ngeeeeeeeee..

tapi betullah tu. i can't explain with any other words. pheww~~~ 

hasil yang aku lukis yang pertama, gambar ni..


ainul :)

ni sebenarnya yang tak siap. nampak macam lawa kan? kekekekeee~~ *perasan pulak*
tapi bila aku siapkan full rasa macam tak jadi je.. sobs. 

ye laa sebab ni first time aku try lukis potret. sebelum ni lukis kartun pocoyo je reti.
bila dah start melukis ni, rasa seronok pulak. alangkah bestnye jika aku boleh mengabdikan keindahan ciptaan Allah ke dalam kanvas lukisan. subhanallah!

sekarang ni tengah berusaha nak lukis Ji Hyo. jadi ke idak den pun tak tahu. tak apa laa seminggu cuti ni aku nak asah bakat melukis aku sampai meletop! yawww~ 

over pulak. *istighfar cepat-cepat. *

last sekali, harap bila kelas start nanti aku boleh follow up dengan apa yang lecturer ajar. semoga belajar ni Allah permudahkan.. pray for me please :D *wink*

p/s : rindu rumah. rindu masakan ma. rindu ashraf. 

1 comment:

  1. nnti kita jumpa aku jadi live model kau . hahaha :)

    ReplyDelete