hari ni dah genap 14 Ramadhan. macam tak sedar masa berlalu. Allahu Akbar. sekejap sangat.
aku seperti biasa tak ada buat apa-apa aktiviti special pun. hari-hari rutin yang sama. bangun pagi, jaga anak sedara aku, petang-petang update blog, takpun baca buku, lepas asar prepare masak untuk iftar. kadang-kadang kalau ada aktiviti luar aku join je. alang-alang tak buat apa kat rumah kan. sejak-sejak habis foundation ni bukan main aku goyang kaki. hahaha.
and hari ni lesen P aku dah siap. weeeeee~~ alhamdulillah. setelah dekat sebulan menanti IM siapkan lesen aku. lepas ni boleh aku pergi joli naik kereta. :D
aku bersyukur sangat-sangat dengan apa yang family aku ada sekarang. walaupun kami bukanlah keluarga yang senang sangat, tapi alhamdulillah rezeki tak pernah putus. ma pun tengah nak renovate kedai makan jadi lagi besar dan abang ngah dah beli kereta untuk aku. alhamdulillah, rezeki Allah bagi dekat keluarga aku.
benarlah firman Allah. "bersyukurlah kepada-KU, nescaya Aku tambah nikmat kepadamu." aku tak ingat ni ayat dari surah mana tapi ayat ni selalu buat aku terkesan. selalu buat aku ingat bahawa Allah itulah sebaik-baik Pemberi Rezeki dan selalu buat aku ingat untuk sentiasa bersyukur dengan apa pun yang Dia kurniakan. and i'm grateful for my latest result for my final exam. even tak dapat 4 datar, tapi dah lepas target yang MARA mintak tu kira tersangat lah okay kan? aku tahu itu adalah hasil dari usaha aku sendiri. usaha aku bukan usaha 4 flat, so tak dapat lah merasa 4 flat sem kali ni. but still, bersyukur kepada Allah kerana still bagi result yang OK.
dah namanya pun kita ni hamba, jangan laa banyak songeh kan? apa yang Pencipta kita bagi, kenalah terima. ;)
sekarang kita dah masuk fasa kedua Ramadhan. dari hadis our beloved Prophet Muhammad SAW, yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari, fasa kedua ni adalah fasa keampunan. (nak baca hadis penuh, refer entri sebelum ni). fasa di mana pintu keampunan Allah luas terbuka bagi hambaNYA yang memohon taubat dariNYA. ni lah peluang untuk kita grab peluang yang ada sepenuhnya.
"Ya Allah, ampunilah kami, keluarga kami, saudara-saudara kami, sahabat-sahabat kami, teman seperjuangan kami serta saudara-saudara Muslim yang lain atas segala dosa yang telah kami lakukan. jauhilah kami dari azab api neraka. Ya Rahman, sesungguhnya Engkau adalah yang Maha Pengasih lagi Maha Penerima Taubat."
yuk sama-sama kita doa mohon keampunan banyak-banyak. subhanallah.
aku ada terbaca satu firman Allah dalam surah al-a'raf:153.
"dan orang-orang yang telah mengerjakan kejahatan, kemudian bertaubat dan beriman, nescaya setelah itu Tuhanmu Maha Pengampun Maha Penyayang."
Allah SWT sebenarnya sangat suka jika hambaNYA memohon keampunan dariNYA. DIA bersedia mengampuni dosa-dosa hambaNYA yang bertaubat dengan bersungguh-sengguh tanpa jemu. sungguh, kita ni manusia jika tidak meminta, masakan DIA akan beri.
see? Allah itu sangat sweet sangat awesome dengan hambaNYA. tapi jangan lah kita gunakan alasan Allah itu Maha Pengampun untuk terus berbuat dosa. sebaliknya yuk kita kembali mohon keampunan Allah SWT atas dosa-dosa yang kita telah buat. macam yang aku baca dari buku 'Untuk Kita Pendosa' karya Hilal Asyraf- harapan itu selalu ada. buat kita pendosa.
berdosa bukan penutup kepada pintu rahmat Allah. tetapi pintu rahmat Allah SWT tertutup sekiranya kita beterusan bergelumang dengan dosa. hidup kita semakin rosak jika kita tidak membersihkan diri daripadanya. oleh kerana itu, kita perlu bergerak dan menilai semula kehidupan kita. teruskan mencuci sisa dan karat-karat dosa ini daripada melekat dengan lebih lama. (bab 1 m/s 2- untuk kita pendosa:Hilal Asyraf)
jika renung balik statement ni, rasanya sangat dekat dengan diri aku kot. mungkin jugak sesiapa yang baca buku ni. sebab kadang-kadang aku terasa macam diri ini sangat banyak melakukan dosa tapi tak pernah nak reflek balik. astaghfirullah. astaghfirullah. astaghfirullah. tapi Allah tetap bagi aku peluang untuk terus bernafas di bumi Allah ni.
*mata-masuk-habuk*
Alhamdulillah.
i love this quote so much. Hlovate, I heart you. <3
betul, kita semua ada masa lalu. and we deserve a future yakni a better future, insha Allah. usaha. itu yang penting. tak cukup jika kita target semata-mata nak jadi lebih baik tapi tak usaha. ibarat macam nak masak, tapi tak ada bahan. nak makan tapi tak ada nasi. (eheh, petang-petang dok cakap pasal makanan pulak. Puasa! puasa!)
and what is the meaning if 'baik' itself? hmmm.. baik in general and simple word is buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang. macam kalau kita puasa, ye baik sebab kita kerjakan ibadah dalam rukun islam kita. tapi kalau puasa tapi tak jaga waktu solat, tu dikira not good enough, yes?
*tenung langit sambil fikir*
dalam masa bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini, jom kita sama-sama muhasabah diri. we deserve a better future. dengan izinNYA insha Allah kita boleh.
"Bulan Ramadhan diturunkan al-Quran, dijadikan petunjuk untuk sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah."
-al-Baqarah:185-
nak jadi baik, tak boleh laa nak buat gaya macam dulu-dulu kan? kalau dulu sehari boleh baca 10 komik, sekarang cuba tukar dengan baca al-quran, farah. kalau dulu solat macam tak sempat-sempat sebab nak tengok bola, sekarang cuba-cuba hayati sikit bacaan dalam solat tu, fuu. kalau dulu telinga ni dok dum dam dum dam dengan lagu Sum 41, sekarang ni cubalah dengar zikir ke lagu nasyid. kalau dulu nak masuk dapur tolong ma masak pun berat kaki, sekarang ni kenalah ringan-ringan tulang sikit tolong masak, farah.
sekarang dah nak dekat pukul 4. kena pergi dulu, nak siap-siap nanti nak masak. :D hari ni aku nak masak tomyam ayam dengan sambal kerang untuk iftar tau. hehehee~ aku yang mengidam nak makan tomyam hari ni, macam ngada-ngada pulak. last-last ma aku suruh aku masak sendiri, and aku dengan senang hatinya meng-offer-kan diri untuk masak sambal kerang sekali. :)
nak jadi baik, kena berubah dari sekarang kan!
eh jap nak bagi love letter <3
dear Ramadhan,
please slow down..
love, Farah.
p/s : janji Allah tidak mengecewakan. innallaha maana..
No comments:
Post a Comment