With the name of Allah the Most Gracious Most Merciful.
Kalam dimulakan dengan lafaz bismillah. Semoga apa yang
dicoret ini tidak membawa kepada apa apa fitnah mahupun keburukan. Hanya ingin
berkongsi cerita, itu saja.
First thing first, I’m officially tamat foundation in
medical science di MSU. Alhamdulillah :D insha Allah I’m a doctor to be.
*wink2*
Medical EntranceTest (MET) pun dah tamat. Cerita pasal MET
itu biarlah rahsia sebab… errr macam krikk krikk je kalau nak cerita.
Muehehehehee. Tapi ringkasnya boleh cakap MET tu agak susah (sebab tak study
kot -.-'' kalau study boleh je jawab sebenarnya. Ke tak? Hehe) tapi
Alhamdulillah segalanya berjalan lancar hari tu even masa menunggu untuk
di-interview macam menunggu untuk dipancung kepala mandatori. Nervous tu memang
nervous and masa interview aku ditanya soalan health science yang telah
ditinggalkan selama dua sem. Yeayyy -.-‘ soalan yang sangat menguji minda dan
membuat sel otak aku terpaksa bekerja keras untuk menjawabnya. Al sudahnya……..
ok tak nak cerita. :(
Sehabisnya MET, it is the real end of foundation for us.
Sobs.
*mata.masuk.habuk.*
Berkasih biarlah satu, berkawan biarlah seribu. (intro macam
nak buat love story) hahaha. Tapi ini memang love story pun. Love story kami
MARA12 di MSU. Love story antara kami 46 orang satu kelas. Mungkin cinta kami
terjalin lambat sikit (sebab kami ada dua batch dan aku batch kedua). Cinta
kami unik. Bukan dilakar semata kerana
kami-classmates-so-kena-rapat-kalau-tak-tak-seronok-nak-belajar-untuk-satu-tahun,
tapi cinta terjalin kerana hati-hati kami. Persahabatan kami ikhlas.
Persahabatan kami kerana hati-hati yang dahagakan kasih dari insan bernama
sahabat.
Kenangan yang kami buat sama-sama pasti akan aku kenang sampai bila-bila. Masa hu ha dalam kelas, picnic, dinner, drama, bbq etc. Aku bukan nak emo. Bukan nak sentimental. Bukan nak buat atmosfera sedih. Huk huk. Tetiba nak nangis pulak kan. Haha. Frankly speaking, korang memang sangat baik. Sangat best. Masa foundasi masa yang sangat berharga. Tak dapat dibeli dengan duit, tak dapat dibayar dengan emas berlian.
*kenyit-kenyit-mata-sambil-sengih-nampak-gigi*
Aku tahu aku banyak buat salah. And I’m really sorry for
that. Kalau ada yang tersilap kata, terkasar bahasa, terpukul tersepak,
tersakit hati, tergores jiwa, termasam muka, dan ter-ter yang lain lagi, aku
betul-betul minta maaf. Apa yang sengaja dan tak disengajakan, mohon
diampunkan. Huhuu. Mohon dilupakan apa yang pahit kelat, hanya dikenang apa
yang manis manis sahaja. Ececeee.
As we go on
We remember
We will still be friend forever.
Adat berkenalan, adat persahabatan, adat pertemuan, pasti
akan adanya perpisahan. (okeyy ni dah masuk part sedih so tolong sediakan tisu
sekotak :/ ). Daripada 46 orang, 12 orang bakal ke UK untuk sambung
optometrist. And yang paling sedih sekali, diorang fly before kitorang masuk
degree. Kali ini kami akan berpisah buat masa yang lama. Tiga tahun. Mungkin
juga dalam tiga tahun tu kita susah untuk berjumpa. Mungkin juga kita akan
berpeluang bersua muka sekali tak sekala. Walau apa pun yang jadi, jangan lupa
kami di MSU, Malaysia. Atau mungkin berpeluang ke Bangalore? (doakan kami.
Insha Allah).
Pesanan penaja untuk opto-mians. :) (yuyue, ana, ati,
syiqin, juma, tasha, bot, kina, iwan, arif, anas, azrin.)
Kat sana nanti banyakkkkkkkkkkkkk
giiilllleeerrrrrr dugaan tau. Korang jaga diri elok-elok. ‘Jaga diri’ ni
membawa banyak makna ;) Ini bukan terakhir kita berjumpa. Kalau ada jodoh,
insha Allah akan ada lagi pertemuan kita semua. Seriously, memang sangat sedih
dan rasa kehilangan. Namun seandainya hati-hati kita diikat dengan keikhlasan
kerana Allah, pasti akan kembali akan bertaut. Berpisah jasad bukan hati.
Berpisah fizikal bukan jiwa.
Kerana cinta insan bertemu, lantas
kerana cinta jualah insan berpisah.
Cinta memang sering menemukan dan
juga memisahkan..
Namun cinta sahabat tetap berakar.
Dalam pintalan takdir kerana
segala jalan yang dilalui adalah ketentuan-NYA.
:’)
Insha ALLAH.
“sahabat yang terbaik adalah
sahabat yang bertemu dan berpisah kerana Allah.”
Uhibbukum fillah jiddan jidda.
<3
karangan memori menerbitkan sejambak cinta yang tak mungkin terungkai, tersimpul rapi bagai dipateri...
ReplyDeletebiarpun kini jauh terpisah, dipisahkan sempadan negeri dan kelak benua, tetapi memori ini yang menghidupkan kisah-kisah lama yang terhimpun dan tetap bermain di ruang hati, disaat hati merintih kerinduan.. Mara 12
:D beautiful words. nice one
Deletehehe semoga persahabatan kekal selamanya.
terima kasih fuu atas coretan yg sunnguh indah, fuu dan sahabat-sahabat mara12 yg lain akan sentiasa di hati kami yang akan jauh ke uk..
ReplyDeletemoga ikatan ini akan kekal selamanya.. In Shaa Allah
kita, mara12, sebuah keluarga selamanya.. :')