Wednesday 20 November 2013

Do You Live Up To Your Name?

Assalamualaikum wbt. 

:D

ecececee~~ awal-awal dah bagi killer smile. biasalah nak pahala sedekah hikhiks

motif tulis entry baru? entah. rasa macam nak tulis je. rasa macam nak menaip je. rasa macam nak share something je. rasa macam ada cerita best je.. hahahaa

okey enough kegedikan melampau-lampau. 

*masuk part serius mius*

sebenarnya aku busy sangat. sangat-sangat busy. (lihat betapa aku nak empasize busy tu dengan sebut dua kali). Alhamdulillah minggu lepas dah habis fundamental module, sekarang ni baru masuk musculoskeletal system (MSK). module yang boleh buat aku muntah pelbagai warna jika mengadap lama-lama. phew~~~ baru masuk lecture dua hari dah habis cover dah upper limb and half of the lower limb. grrr.. memang laa nak pecah otak aku terima segala bagai dengan sekali gus kan. dengan nama muscle yang nak sebut pun susah, apatah lagi nak eja.

tetiba teringat kata-kata pemujuk dari Allah SWT

"in every hardship, there is a relief. and verily, in every hardship, there is a relief."

As-syarh 5-6

cweet tak Allah tat titew? memang betul-betul ayat pemujuk yang kaw punye laa tu. sape yang tak happy jika dah terang-terang ada janji yang lepas dah hadapi susah, akan ada kesenangan. cuba kalau lecturer kita cakap, " fuu, (bajet je lecturer kenal nama glemer aku. eh?) kalau you buat assignment ni I bagi A+ dekat you for this coming exam."

perghh. sape tak nak terima offer macam tu weyyyyy!!! kalau laa lecturer cakap macam tu dekat aku, memang nyiru tapak tangan stadium malawati shah alam aku tadahkan. ;)
memang masa nak hadapi cabaran yang Allah bagi tu susah, tapi percaya janji Allah, DIA akan bagi kita kesenangan kelak kan? 

*sengih-nampak-gigi*


errr macam dah lari tajuk je. macam dah lari tajuk je. macam dah lari tajuk je. *tangan atas bahu, mata jeling kipas* 

Do you live up to your name? first time aku baca ayat ni dari novel Nah, Untuk Awak- Nirrosette. cerita dia macam ni, ada seorang perempuan tu nama dia Najiha. alkisahnya dia pergi melancong ke korea, then masa dekat masjid ada seorang foreigner yang non- muslim tanya nama dia. bila dia bagitau nama dia Najiha, mak cik foreigner tu tanya what's the meaning of the name? masa dia terrkial-kial nak jawab tu, Eid(watak dalam novel ni jugak) muncul dan tolong jawabkan. lepas tu Eid tanya Najiha, "so, do you live up to your name, Najiha?"

ooookkaayyy.. masa aku baca ayat ni sentap jugak kot. do I live up to my name?

nama setiap orang mesti ada maksud yang baik kan? bukan nye mak ayah kita saja-saja nak letak nama yang tak elok untuk anak-anak. yang pasti, nama haruslah ada maksud yang baik sebab itu ibarat doa untuk diri kita kan?



nama aku Farah Wahida. ramai yang panggil Fuu. maksudnya? jap nak cerita. eheh

Farah = happiness. kalau dalam Melayunya kegembiraan
Wahida = Pertama atau first.

dua-dua ni adalah dari perkataan arab. 

Fuu = wind/ angin

ni adalah dari bahasa Jepun.

kalau nak di-interpretasikan ( sungguh aku ni memartabatkan bahasa melayu ), kegembiraan  maksudnya perasaan yang bahagia + suka + happy. macam mana nak hidup yang berlandaskan gembira? adakah hanya gembira setakat di hati setakat di riak wajah semata-mata? of course tak kan. kita mestilah nak hidup kita gembira di dunia serta di akhirat. yang paling penting, akhirat. 

kalau nak diselak-selak al- Quran, berpuluh-puluh ayat Allah SWT sebut bahawa dunia ini hanyalah senda gurau, sekejap, dan dunia ni tak akan kekal pun. if i want to live up to my name, i have to set a higher goal, isn't it? bukan semata-mata ingin hidup happy di dunia yang penuh dengan tipu daya ni. set, aku nak hidup happy di akhirat, yakni di syurga. 

perasaan gembira tu benda yang dekat dengan hati. if we want our heart to remain happy, basic-nye kita kena ada perasaan tenang tu dulu. macam mana nak rasa tenang? jawapannya ada dalam kitab suci Al-Quran.

"dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang."

ar-Rad : 28

pertamanya. kita kena rasai sendiri roh Islam dalam jiwa kita, barulah akan membawa kepada ketenangan. bila jiwa dan hati kita tenang, perasaan gembira tu akan automatik hadir sebab kita tak ada rasa gelisah, atau sedih even Allah timpakan bermacam-macam dugaan untuk kita. sebab, bila kita mengingati Allah, yakni percaya bahawasanya Allah lah tempat kebergantungan kita, Allah lah yang lebih tahu apa yang lebih baik untuk kita, Allah menimpakan ujian tu sebagai tanda kasih sayangNYA terhadap kita, segala perasaan yang negatif kita akan tolak ke tepi. 

once kita dah betul-betul merasai perasaan perlunya kebergantungan kepada Allah, kita akan senang untuk redha jika Allah timpakan kesusahan atau apa sahaja dugaan dalam hidup kita. Allah kan dah berjanji kan? setiap kesusahan pasti ada kesenangan. 

every cloud has a silver lining.

farah, do you live up to your name? 

Think. Learn. Muhasabah. 

Allahu. Wallahualam.

Saturday 9 November 2013

Selamat Hari Lahir :D

Birthday boy! He is already 3 years old. :) how fast the time flies.May Allah bless you dear.. inshaa Allah.. LOVE YOU <3 <3

-Muhammad Ashraf Firdaus-