surah al-mulk ialah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya daripada seksa kubur. sejarah telah menbuktikan seperti yang belaku pada zaman Rasulullah s.a.w. ibnu Abbas menceritakan :
" pernah pada suatu ketika sebahagian para sahabat berkhemah di atas kubur. mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu ialah kubur. setelah beberapa ketika berada dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca al-mulk dari mula hinggalah akhirnya. suara itu datangnya dari dalam tanah. tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah s.a.w lalu baginda bersabda yang bermaksud. ' surah al-mulk ialah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka,'"
masyaAllah. sweet sungguh Allah kan? surah ini memberi begitu banyak kelebihan kepada kita. ulama pernah berkata, " sesungguhnya Rasulullah s.a.w tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah al-sajdah dan surah al-mulk."
see? even Nabi s.a.w kita yang maksum pun amalkan. apatah lagi kita manusia yang penuh kekurangan ini. sesiapa yang mengamalkan surah ini sehingga menjadi amalan wiridnya, sesungguhnya surah ini akan memberi pertolongan dan bantuan di alam kubur kelak.
kita dihidupkan dan dimatikan tidak lain dan tidak bukan untuk diuji siapa di antara kita yang terbaik amalnya (al-mulk:2). Allah mencipta manusia hanyalah untuk beribadat kepadaNYA. sungguh betapa kahidupan dunia ini hanyalah sementara sahaja. beribadatlah sedaya yang termampu.
banyak lagi kelebihan surah ini sebenarnya. antaranya :
- Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud :"sesungguhnya dalam al-quran itu ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia memberi syafaat kepada lelaki yang membacanya. maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. surah itu adalah surah al-mulk."
- Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah al-mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis dalam hatinya.
- Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " sesiapa yang membaca surah al-mulk setiap malam, diselamatkannya daripada azab kubur. "
- saiyidina Ali berkata, : "sesiapa yang mengamalkan surah al-mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti Nabi Yusuf."
- ulama berkata : "sesungguhnya surah yaasin dan surah al-mulk terkandung dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. sesipapa yang mengamalkannya nescaya ia akan mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk. "
inshaa Allah kita bersama-sama mengikut sunnah Rasulullah s.a.w dengan menjadikan surah ini sebagai amalan wirid kita sebelum tidur. sama-sama kita mengejar kelebihan ayat-ayat al-Quran al-Karim. bukan untuk siapa, untuk diri sendiri juga.
al-Quran ni perfect! ni adalah ringkasan untuk salah satu surah dalam al-Quran sahaja. sesungguhnya surah-surah lain mempunyai kelebihannya yang tersendiri. bila-bila masa kita rasa ingin berbicara denganNYA, buka je al-Quran. pasti akan rasa lebih tenang, lebih damai. :)
surah al-mulk :
rujukan : surah-surah amalan ; Ustaz Yusri Abd Halim; Yamani Angle sdn. bhd.
No comments:
Post a Comment