Assalamualaikum. Salam dekat akhir oktober! Salam buat
semua! Salam satu Malaysia! Ho ho ho.
*over excited* istighfar.
Excited kejap sebab finally dapat meng-hupdate blog ni
setelah sekian lama menyepi. Pheww~ memang busy tahap gaban, kelas hari-hari
dari pukul 8 sampai 5. U.U tapi it’s okay, menuntut ilmu, perlukan pengorbanan.
Masa yang terkorban dekat sekolah tu diganti oleh Allah dengan pahala. Inshaa
Allah.
Sebenarnye lama tak update blog bukan sebab tak ada masa
free tapi sebab tak ada internet.LOLs. Ni pun si Inche unifi baru je pasang.
Alhamdulillah.
*senyum sampai telinga*
Tapi nak katanya, tak mati pun hidup tak ada internet. Even
kadang-kadang macam boring, (eh, ada jugak masa boring. Kalau ambik MBBS masa
boring tu kena isi dengan buku :p), and kadang-kadang susah nak dapat info
pasal lectures ke tutorial ke, tapi Alhamdulillah, I have my own informer.
Muehehehehee.
Cerita first two weeks of my class. So far Alhamdulillah,
dapat catch up walau pun kadang-kadang macam rasa nak pecah otak ni dengan banyak-banyak
benda baru. Nak dihafal process biochem tu rasa azab giler. Glycolysis,
glycogenesis, gluconeogenesis la, glycogenolysis laa, dengan kreb cycle, cori
cycle, ni. Ni tak cakap lagi pasal nama enzymes yang nak sebut pun dekat
terbelit lidah. Bila nak jawab
soalan tutorial, ternganga je aku bila Dr Khaled tanya. Dan aku dengan coolnye
bagi killer smile sebab tak nak bagi dia marah.
*flip tudung*
Lagi cerita, rasa tergugat dengan classmates yang bijak nak
mati. Masa practical anatomy, semua benda even yang sekecil-kecil structure
dekat body pun diorang (ramai tau yang pandai) boleh jawab. Aku rasa tu first
time aku dengar that kind of words. Nyaris aku nak tuduh Dr. Gargi tu cakap
bahasa Perancis masa dalam kelas. Phew~~ Tergugat-tergugat jugak, kadang-kadang
keadaan macam tu bagi aku motivation nak lebih kuat study. Tapi kena selalu
ingat laa, analogy telur putih telur kuning. Ilmu dunia kejar jugak, yang
penting the first priority is ilmu akhirat. Kan hari tu baru belajar pasal hadis Ghulam… Hehehe.
“ Sape nak jadi Ghulam?”
*angkat tangan!*
Eh jap. Hadis ghulam tu pasal remaja. Kalau nak info lebih
lanjut boleh je tanya inche google. Hadis tu pasal kita remaja ni nak hidup
macam mana. Nak jadi orang yang macam mana. Menuntut ilmu tu asasnya kena bersandar kepada apa. Yakni semuanya kekuasaan Allah
SWT.
Bak kata kak Muna,’ kita ni nak ke jadi macam hidup tak bagi
effect dekat orang lain pun. Ada tak bertambah, mati tak berkurang?’ Ghulam tu
bagi effect yang sangat mega dekat orang ramai. Walaupun dia mati, tapi
kematian dia tu membuka hati orang ramai untuk beriman kepada Allah.
Subhanallah. Jika kita nak lihat, nak releks diri kita kan, rasa-rasanya kalau
kita meninggal kelak, dapat tak bagi effect sebesar itu? Paling koman pun bagi
effect dekat kawan-kawan kita?
*tenung langit malam tanpa bintang*
Tapi yang pasti hadis ghulam ni sangat best untuk kita semua
baca, hayati dan amalkan.
Okay jauh tersasar dari cerita pasal kelas tadi. Ye laa
tergugat laa kan bila semua orang tahu benda yang kita tak tahu. -.-‘ tapi it’s okay sebab tu anugerah yang Allah
bagi dekat diorang. Aku bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan dekat aku
sebab aku yakin apa yang DIA tentukan itu adalah yang terbaikkkkkk (baca dengan
nada Boboi Boy). Dan Allah sendiri berkata, apa yang DIA bagi itu adalah apa
yang kita mampu tanggung. Allah nak suruh aku lebih banyak usaha di samping
menguji kesungguhan dalam mencari ilmu akhirat.
:D
Cerita seterusnya, Alhamdulillah borang agreement MARA semua
dah hantar. Cuma tunggu nak terima duit je. Inshaa Allah. Harap-harap takde
problem dengan borang tu. May Allah ease
everything. Inshaa Allah :)
Hari ni je baru ada aktiviti mentoring ; pergi main boling dekat space u8. Okay sebenarnya aku bukan main boling pun, tapi main bola baling dengan bola boling. Hikhikhik. Macam laa aku pro sangat nak main boling tuu.. Semangat baling bola je lebih. Habis je main boling, rasa macam hilang sikit stress belajar. And cerita yang paling best pasal mentoring ni ialah aku dapat mentor yang baik sangat. First, he is a muslim. Then, he has such a fatherly heart ( this makes me miss my parents more) . *nanges*
Penutup.
Harap-harap minggu yang mendatang dapat aku lalui dengan jayanya! Inshaa Allah.. May Allah ease my study, my life, my heart and my everything.
<3 <3 <3
P/S:
Selamat Maju Jaya sebagai student MBBS, kelak berjaya jangan lupa dibelakang, kelak diatas jangan lupa yang dijalanan
ReplyDeletekelak terjatuh cinta pada dunia, sentiasa ingat yang kita cinta sebenarnya bukan yang menghanyutkan
Semoga segalanya dipermudahkan....