petang yang indah nan permai untuk meng-update blog. kahkahkah. eh, lupa. hari ni hari pilihan raya kecil di dun kuala besut di negeri terengganu terchenta <3.. selamat mengundi buat pengundi-pengundi yang layak, pilih lah yang haq bukan yang batil. pilihlah dengan bijak sebagai pelaburan untuk agama kita :)
pagi tadi aku, ma, abah dengan anak saudara aku pergi pejabat pos. on the way, kiri kanan ada polis sebab nak mengawasi tempat mengundi. opppss saya bukan nak cakap pasal hal mengundi. hehehee. nak cerita hal anak saudara aku ni haa. dekat pejabat pos tadi bukan main menggatal dengan anak dara orang. -.-' menurun perangai sape laa tu. dia duduk main-main dengan sorang budak perempuan ni, baya-baya dia jugak kot, ke lagi tua setahun dua? err.. apa-apa aje lah. bila aku tanya 'adik main dengan sape tu?' dengan confident-nye dia jawab 'main dengan adik'. haihhhh bajet dah besar je budak ni even umur baru nak masuk 3 tahun.
lepas tu budak perempuan tu bukak laa plastik chipsmore, nak bagi dekat Ashraf(ni anak saudara aku laa ni). dan dia menjerit punya lah kuat 'tak puasa!!'. hahahahaa ibu budak tu pun bantai gelak dengan aku. nasib baik orang dekat pejabat pos tu sikit kalau tak malu eden. hahahaaa
bila fikir-fikir balik, haiyooo budak ni. tapi bila fikir kali kedua, waaa bagus jugak Ashraf ni ingat jugak kalau puasa tak boleh makan. punyalah jenuh aku dok ajar dia kat rumah masa dia nak suap-suap aku masa dia makan ais-krim petang-petang. sekarang ni pun dia dah tahu dah gerakan dalam solat even tak ikut urutan. kalau suruh rukuk, pandai je dia rukuk. kalau suruh sujud, dia pun tunduk laa sujud sambil gelak-gelak. Alhamdulillah. sekurang-kurangnye dia dah belajar sikit-sikit.
*senyum nampak gigi*
entri kali ni tetiba nak cerita pasal pengalaman aku dan ainul mencari stateoskop (betul ke eja?). macam out of the blue the idea came out. dah laa datang masa tengah solat terawih semalam. haihhh.. tak khusyuk betol -.-' tapi tak jadi nak berkarya semalam sebab aku dok online twitter. bersembang dengan kawan-kawan dari MARA12 MSU sampai tengah malam. topik apa? topik paling hangat sebab pasal kahwin. bermula dari sorang ni yang cakap nak buat majlis tahun depan lepas tu meleret-leret bila geng-geng lain datang. muahahahahaa. buat rombongan cik kiah betul kat tengah-tengah laman twitter semalam. sampai aku ter-tweet limit tengah-tengah malam buta. haihhh silap timing betul. tapi cakap pasal benda ni boleh buat semua MARA12 berkumpul. bagus jugak, mengeratkan hubungan kami. walau tak bersua muka tapi bersua tweet, kan? (macam pelik je ayat aku ni.)
kembali pada topik asal, pasal perjalanan mencari stateoskop tu. sebenarnya benda ni dah lama dah jadi, tapi tak berkesempatan nak update dekat blog. aku setakat update dekat FB je dulu. bila difikir balik, banyak ibrahnya dari perjalanan kami masa menjelajah jalan chow kit sebab nak cari Kamal Bookstore yang jual barang-barang medic tu.
nak cerita di sini, pertolongan Allah itu datang kepada kami pada masa itu. Alhamdulillah. syukur sebab Allah mahu memberi pertolongan dalam perjalanan ke chow kit road. masa dekat stesen monorel, aku dengan ainul kena sekat dengan si inche-inche yang dok promote x-pax. dah berkali-kali kami kata tak nak tapi diorang tetap tahan. last sekali, ainul main jalan selamba buat tak tahu dekat diorang. bravo laa ainul! *tabik spring*
dan macam dan-dan je lepas kami daki tangga nak sampai stesen, monorel sampai. Alhamdulillah. Allah bagi kami kesempatan nak jimat masa sebab masa tu dah petang lepas zuhur dah. dah laa perjalanan dari shah alam nak pergi chow kit tu makan masa dekat sejam. bayangkan, mula-mula naik KTM shah alam ke KL sentral dalam setengah jam, lepas tu jalan kaki ke stesen monorel dalam 15 minit. memang penat. dekat pukul 3 kami sampai stesen monorel. bersyukur sangat Allah datang kan pertolongan, kalau tak nak tunggu monorel seterusnya tu datang memang lambat lagi laa. :D
sebenarnya kami pergi chow kit ni tak tahu tempat sebenarnya. macam berjalan tanpa arah tuju, tapi dengan matlamat nak cari Kamal Bookstore. yang ainul tahu, kedai tu dekat dengan HKL dan 7 Eleven. berbekal dua petunjuk tu kami membawa langkah ke sana. sebenarnya dah cuba tanya kakak senior dekat mana. dia cakap dekat chow kit tu laa, tapi dari stesen monorel tu kena jalan jauh pulak nak cari HKL.
kaki kami memang tersangat letih. mana taknya dari pagi tadi kami berjalan pergi survey rumah sebelum datang sini. masa dalam monorel tu laa masa kami nak rehat. tapi, ditakdirkan Allah ada satu pasangan chinese yang dah agak berusia ada dalam koc kami. kalau diikutkan kaki yang letih ni, memang kami tak bangun. tapi entah mengapa rasa tanggungjawab tu ada. aku dengan ainul bangun bagi diorang duduk. dalam hati aku terdetik 'tak apa lah, aku tolong orang, nanti Allah tolong aku. inshaa Allah' dan dalam kepala aku terngiang-ngiang ayat Allah "barangsiapa menolong agamaKU, maka AKU akan menolonginya". inshaa Allah, innalaha maana. :)
bila sampai, memang kami lost se-lost-lost-nya. tak tahu nak pergi mana. pusing-pusing last-last aku dengan ainul main jalan je. ainul banyak kali minta maaf dengan aku sebab dia sebenarnya yang nak cari steteoskop ni sebab nak bagi hadiah dekat kakak dia. dia dah kata kalau aku tak nak ikut pun tak apa, dia boleh pergi sorang. APAKAH!! mana aku sanggup bagi kawan baik aku pergi sorang-sorang. SORANG2 KOT!!!! kalau dekat tak ada lah aku risau sangat. ni dekat Chow Kit! chow kit-shah alam bukannya dekat.
lepas kami jalan jumpa 7 eleven, kami tanya pak cik guard yang jaga kedai tu kat mana Kamal Bookstore yang dekat HKL. okay yang ni part yang paling sadis sebab bestnye pak cik tu cakap HKL kat sebelah sana nu haa. *tangan sambil tuju arah bertentangan dengan jalan kitorang lalu*. yang tambah perisa payau dekat petang kami yang panas terik tu bila dia cakap kena naik bas pulak nak pergi sana. erkkk.. mau mati terkujat aku dengan ainul dekat situ. sebab kalau naik bas, maknanya jauh lagi laa.. ngeeeeeeee..
lepas tu kami jalan. sambil-sambil jalan tu, aku dengan ainul tanya laa orang dekat mana HKL. semua orang tunjuk 'nuu' 'nuu' 'sana' 'sana'. kitorang ambik keputusan nak berjalan je sampai sana. sekali lagi Allah tunjuk KekuasaanNYA kepada kami saat kami hampir putus asa sebab tak pasti arah jalan yang sebenarnya. Allah takdirkan kami bertanya kepada seorang mak cik yang berjalan sama arah dengan kami. aku dah hampir nangis dekat situ sebab terharu gila-gila bila mak cik tu cakap dia dengan anak dia pun nak pergi HKL dan suruh kami ikut dia. subhanallah. Maha suci Allah. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. rasa macam nak sujud syukur di situ jugak bila dapat offer macam tu. kalah menang lucky draw rm1000 tau?
dan yang buat aku lagi terharu bila mak cik tu jaga kami betul-betul macam anak dia. siap tolong kami lintas jalan dengan selamatnya. dia pegang aku, dia pegang ainul. sama macam dia buat anak dia.
*ttsk tsskk*
semoga Allah berkati diri mak cik yang baik hati ini.. aaminnn :') inshaa Allah. Allah selalu bersama orang-orang yang suka memberi pertolongan kepada orang lain.
lepas dah sampai ke Kamal Bookstore tu, sekali lagi rasa nak buat sujud syukur. akhirnya sampai jugak kami. Alhamdulillah. syukur kepada Allah SWT. akhirnya dapat jugak beli stateoskop.
*senyum sampai telinga tak berhenti*
"dan Kami pasti menguji kamu denga sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar."
~al-Baqarah : 155
ni adalah gambar hiasan semata-mata. hehehe <3 |
good deed deserves another, ey? na'am na'am. setuju sangat! tak luak pun kalau buat baik, sebab yang pasti ada ganjaran buat diri kita. inshaa Allah.
"hanya kepadaNYA kamu meminta tolong. jika DIA menghendaki, Dia hilangkan apa (bahaya) yang kamu mohonkan kepadaNYA dan kamu tinggalkan apa yang kamu persekutukan (dengan Allah)''
~al-an'am : 41
mungkin ini contengan perjalanan kami. mungkin ini salah satu cara Allah untuk tarbiyyah kami. mungkin juga ini satu pengalaman yang cukup indah buat kami. mungkin. mungkin. juga satu titik pengalaman yang singkat ini mengajar kami erti pertolongan Allah itu ada di mana-mana.
*sengih sambil tahan air mata jatuh*
sungguh, Allah itu Maha Halus. DIA menguji hambaNYA dengan begitu halus. hanya tinggal kita untuk menyedarinya dan mengambil iktibar. Allahu Akbar.
"barangsiapa mengerjakan kebajikan, dan dia beriman, maka usahanya tidak akan diingkari (disia-siakan) dan sungguh Kamilah yang mencatat untuknya."
~al-anbiya' :94
touched :'(
ReplyDeleteindeed.
ReplyDeletep/s: i miss you. x sabar balik rumah. aku ada 2 quiz hari ni, tapi still online. i bet, my roomate pun pelik, dah la semalam tdow awal. keh3. do pray for me, bestie ^^