salam hari sabtu, 4 Ramadhan 1434 hijrah. :)
masuk hari ni dah empat hari kita puasa kan? rasa sekejap sungguh masa berlalu. pejam celik tinggal lebih kurang tiga minggu lagi bulan mulia ini nak berlalu.
Alhamdulillah. Allah masih beri nikmat kepada aku untuk merasai Ramadhan kali ini dalam keadaan sihat sejahtera, aman damai dan yang paling best aku puasa di rumah. yeayy! dengan family ;) buat sape-sape yang tak dapat puasa dengan family kali ni jangan jelly ye :p kalau Ramadhan lepas aku puasa dekat Shah Alam hari-hari makan makanan baazar stadium, sekarang dekat rumah dapat makan masakan ma. ma masak tau! aku tolong menyemak dekat dapur je lah. hahaha. keadaan ini buat aku tetiba teringat satu hadis dari Kekasih Allah, our beloved Nabi Muhammad SAW.
sabda Rasulullah SAW : "sesungguhnya dua nikmat yang paling disukai oleh manusia ialah nikmat sihat dan lapang"
agree much? oh yes. sangat setuju. kenapa tak kata nikmat kaya ke,nikmat muda ke dan nikmat lain-lain? (boleh refer lagu demi masa-raihan) sebab apa guna kalau kaya tapi sakit? apa guna kalau kaya tapi tak senang hati? kan..
*angguk-angguk*
p/s: ni adalah daripada slot al-Kuliyyah semalam yang menceritakan tentang 'Ramadhan-mengenali diri'. saya hanya mengolah balik apa yang dipelajari semalam. insha Allah :D
petang ni free. so aku update blog. daripada aku buat benda lain baik aku update pasal diri aku kan? muahahahahaa nak mencapup sikit. :p
nak pergi masak untuk berbuka rasanya awal lagi. lagipun bukan nak masak yang gempak-gempak pun. ikut sunnah nabi, bersederhana dalam segenap perkara.
kabare iman? kabare hati? insha Allah semuanya dalam keredhaanNYA, okeh.
okay sekarang apa khabar diri? sihat? ke ada yang lembik ketepek petang 4 ramadhan ni? eheheee~ insha Allah tak ada laa kan? semuanya diharap sihat-sihat je. bak kata ustaz al-kuliyyah semalam, 'puasa ini makanan rohani yang hebat'. puasa kita sepatutnya memberi kita kekuatan. bukti? cuba lihat perang Badar. berlaku masa bulan puasa. di kala tentera musuh ada 1000 orang, tentera islam ada 313 orang muslim yang berpuasa, kita menang mengalahkan tentera kafir yang lebih kurang 3 kali ganda lebih ramai. sejarah ini membuktikan perkara yang besar kan?
Ramadhan bulan untuk kita mujahadah diri. bulan untuk kita tarbiyyah diri. bulan untuk kita melatih diri untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT. syaitan diikat pada bulan Ramadhan ni, so yang tinggal hanya kita melawan nafsu sendiri. semoga bulan ramadhan ni menjadi turning point untuk kita umat manusia agar lebih istiqamah dalam beribadat sehingga bulan-bulan yang lain. insha Allah.
sabda Rasulullah SAW lagi,
"permulaan Ramadhan itu rahmat, pertengahannya ialah keampunan dan pengakhirannya adalah pembebasan dari api neraka."
jika nak di-congak, 10 hari rahmat, 10 hari pengampunan, 10 hari pembebasan dari api neraka.
subhanallah. Pemurahnya Allah. tak inginkah kita mengejar kurniaan daripadaNYA itu? sape nak angkat tangan!
*angkat tangan*
jika dah dinamanya manusia, pasti kita tak terlepas dari buat dosa. so this is the time kita melabur banyak-banyak pahala. amalan yang wajib digandakan pahalanya 70 kali ganda, amalan sunat pahalanya sama dengan pahala amalan wajib, satu huruf al-quran kalau dibaca berganda-ganda Allah bagi pahala. Allahu Akbar.
so macam mana tadabbur al-quran? dah sampai juz berapa? aku sekarang lagi usaha nak khatamkan al-Quran di bulan Ramadhan ni. insha Allah. moga Allah redha dan permudahkan. dan moga Allah tetapkan hati agar terus istiqamah lepas-lepas ni.*cakap dengan diri sendiri.
semalam jugak tengok jejak rasul 2013 di tv3. semalam dia paparkan suasana puasa di Jordan. subhanallah meriah yang amat. di sini meriah bukan dengan baazar ye. ramadhan tu dihidupkan dengan bersungguh-sungguh. solat terawih di masjid abu ubaidah sangat penuh dengan jutaan muslimin dan muslimat. sungguh aku terpegun! kalimah subhanallah tak lekang dari bibir bila tengok golongan yang tua pun ikut sama berdiri mengadap Allah. solat terawih di sana sangat penuh pengisian. buat 8 rakaat sahaja, tapi selepas 4 rakaat, imam akan menyampaikan kuliah peringatan. lebih kurang 20 minit lepas tu baru sambung balik. Allahu.. jika nak banding kita di sini, rasanya buat 8 rakaat tanpa ceramah pun dah tersengguk-sengguk dah.
*pang! pipi merah kena pelempang*
sentap bak ang. sejak-sejak ramadhan ni banyak giler sentap kot. lagi-lagi bia tengok rancangan Qari Junior. kanak-kanak yang masih kecil dapat menghafaz al-quran dan disertai dengan tarannumnya. subhanallah. *merah pipi tahan malu*
yang lagi mengagumkan bila salah seorang kanak-kanak tu berkata, "saya masuk rancangan ni bukan untuk menang, tapi saya ingin menyampaikan keindahan ayat-ayat Allah kepada sesiapa yang mendengar."
*double malu*
they are so innocent yet they are so determined. kita macam mana? cuba tanya diri sendiri, kita yang dah besar tagun ni berapa banyak surah yang kita dah hafal dan amalkan maknanya?
astaghfirullah.
p/s : mari menjadi hamba (pinjam tagline langitIlahi.com) may Allah bless
aku pun sentap jugakk. alhamdulillah Allah masih bagi kita peluang untuk tersentap. cuba bayangkan kalau bila disampaikan peringatan, tapi kita tak rasa apa-apa, Allah telah membutakan hati kita, mentulikan telinga kita dari hidayah. naudzubillah, semoga dijauhkan. amin...
ReplyDelete