Wednesday, 24 July 2013

Pertolongan Allah itu Dekat

Assalamualaikum wbt.

petang yang indah nan permai untuk meng-update blog. kahkahkah. eh, lupa. hari ni hari pilihan raya kecil di dun kuala besut di negeri terengganu terchenta <3.. selamat mengundi buat pengundi-pengundi yang layak, pilih lah yang haq bukan yang batil. pilihlah dengan bijak sebagai pelaburan untuk agama kita :)

pagi tadi aku, ma, abah dengan anak saudara aku pergi pejabat pos. on the way, kiri kanan ada polis sebab nak mengawasi tempat mengundi. opppss saya bukan nak cakap pasal hal mengundi. hehehee. nak cerita hal anak saudara aku ni haa. dekat pejabat pos tadi bukan main menggatal dengan anak dara orang. -.-' menurun perangai sape laa tu. dia duduk main-main dengan sorang budak perempuan ni, baya-baya dia jugak kot, ke lagi tua setahun dua? err.. apa-apa aje lah. bila aku tanya 'adik main dengan sape tu?' dengan confident-nye dia jawab 'main dengan adik'. haihhhh bajet dah besar je budak ni even umur baru nak masuk 3 tahun. 

lepas tu budak perempuan tu bukak laa plastik chipsmore, nak bagi dekat Ashraf(ni anak saudara aku laa ni). dan dia menjerit punya lah kuat 'tak puasa!!'. hahahahaa ibu budak tu pun bantai gelak dengan aku. nasib baik orang dekat pejabat pos tu sikit kalau tak malu eden. hahahaaa

bila fikir-fikir balik, haiyooo budak ni. tapi bila fikir kali kedua, waaa bagus jugak Ashraf ni ingat jugak kalau puasa tak boleh makan. punyalah jenuh aku dok ajar dia kat rumah masa dia nak suap-suap aku masa dia makan ais-krim petang-petang. sekarang ni pun dia dah tahu dah gerakan dalam solat even tak ikut urutan. kalau suruh rukuk, pandai je dia rukuk. kalau suruh sujud, dia pun tunduk laa sujud sambil gelak-gelak. Alhamdulillah. sekurang-kurangnye dia dah belajar sikit-sikit. 





*senyum nampak gigi*

entri kali ni tetiba nak cerita pasal pengalaman aku dan ainul mencari stateoskop (betul ke eja?). macam out of the blue the idea came out. dah laa datang masa tengah solat terawih semalam. haihhh.. tak khusyuk betol -.-' tapi tak jadi nak berkarya semalam sebab aku dok online twitter. bersembang dengan kawan-kawan dari MARA12 MSU sampai tengah malam. topik apa? topik paling hangat sebab pasal kahwin. bermula dari sorang ni yang cakap nak buat majlis tahun depan lepas tu meleret-leret bila geng-geng lain datang. muahahahahaa. buat rombongan cik kiah betul kat tengah-tengah laman twitter semalam. sampai aku ter-tweet limit tengah-tengah malam buta. haihhh silap timing betul. tapi cakap pasal benda ni boleh buat semua MARA12 berkumpul. bagus jugak, mengeratkan hubungan kami. walau tak bersua muka tapi bersua tweet, kan? (macam pelik je ayat aku ni.)

kembali pada topik asal, pasal perjalanan mencari stateoskop tu. sebenarnya benda ni dah lama dah jadi, tapi tak berkesempatan nak update dekat blog. aku setakat update dekat FB je dulu. bila difikir balik, banyak ibrahnya dari perjalanan kami masa menjelajah jalan chow kit sebab nak cari Kamal Bookstore yang jual barang-barang medic tu. 

nak cerita di sini, pertolongan Allah itu datang kepada kami pada masa itu. Alhamdulillah. syukur sebab Allah mahu memberi pertolongan dalam perjalanan ke chow kit road. masa dekat stesen monorel, aku dengan ainul kena sekat dengan si inche-inche yang dok promote x-pax. dah berkali-kali kami kata tak nak tapi diorang tetap tahan. last sekali, ainul main jalan selamba buat tak tahu dekat diorang. bravo laa ainul! *tabik spring*

dan macam dan-dan je lepas kami daki tangga nak sampai stesen, monorel sampai. Alhamdulillah. Allah bagi kami kesempatan nak jimat masa sebab masa tu dah petang lepas zuhur dah. dah laa perjalanan dari shah alam nak pergi chow kit tu makan masa dekat sejam. bayangkan, mula-mula naik KTM shah alam ke KL sentral dalam setengah jam, lepas tu jalan kaki ke stesen monorel dalam 15 minit. memang penat. dekat pukul 3 kami sampai stesen monorel. bersyukur sangat Allah datang kan pertolongan, kalau tak nak tunggu monorel seterusnya tu datang memang lambat lagi laa. :D

sebenarnya kami pergi chow kit ni tak tahu tempat sebenarnya. macam berjalan tanpa arah tuju, tapi dengan matlamat nak cari Kamal Bookstore. yang ainul tahu, kedai tu dekat dengan HKL dan 7 Eleven. berbekal dua petunjuk tu kami membawa langkah ke sana. sebenarnya dah cuba tanya kakak senior dekat mana. dia cakap dekat chow kit tu laa, tapi dari stesen monorel tu kena jalan jauh pulak nak cari HKL. 

kaki kami memang tersangat letih. mana taknya dari pagi tadi kami berjalan pergi survey rumah sebelum datang sini. masa dalam monorel tu laa masa kami nak rehat. tapi, ditakdirkan Allah ada satu pasangan chinese yang dah agak berusia ada dalam koc kami. kalau diikutkan kaki yang letih ni, memang kami tak bangun. tapi entah mengapa rasa tanggungjawab tu ada. aku dengan ainul bangun bagi diorang duduk. dalam hati aku terdetik 'tak apa lah, aku tolong orang, nanti Allah tolong aku. inshaa Allah' dan dalam kepala aku terngiang-ngiang ayat Allah "barangsiapa menolong agamaKU, maka AKU akan menolonginya". inshaa Allah, innalaha maana. :)

bila sampai, memang kami lost se-lost-lost-nya. tak tahu nak pergi mana. pusing-pusing last-last aku dengan ainul main jalan je. ainul banyak kali minta maaf dengan aku sebab dia sebenarnya yang nak cari steteoskop ni sebab nak bagi hadiah dekat kakak dia. dia dah kata kalau aku tak nak ikut pun tak apa, dia boleh pergi sorang. APAKAH!! mana aku sanggup bagi kawan baik aku pergi sorang-sorang. SORANG2 KOT!!!! kalau dekat tak ada lah aku risau sangat. ni dekat Chow Kit! chow kit-shah alam bukannya dekat. 

lepas kami jalan jumpa 7 eleven, kami tanya pak cik guard yang jaga kedai tu kat mana Kamal Bookstore yang dekat HKL. okay yang ni part yang paling sadis sebab bestnye pak cik tu cakap HKL kat sebelah sana nu haa. *tangan sambil tuju arah bertentangan dengan jalan kitorang lalu*. yang tambah perisa payau dekat petang kami yang panas terik tu bila dia cakap kena naik bas pulak nak pergi sana. erkkk.. mau mati terkujat aku dengan ainul dekat situ. sebab kalau naik bas, maknanya jauh lagi laa.. ngeeeeeeee..

lepas tu kami jalan. sambil-sambil jalan tu, aku dengan ainul tanya laa orang dekat mana HKL. semua orang tunjuk 'nuu' 'nuu' 'sana' 'sana'. kitorang ambik keputusan nak berjalan je sampai sana. sekali lagi Allah tunjuk KekuasaanNYA kepada kami saat kami hampir putus asa sebab tak pasti arah jalan yang sebenarnya. Allah takdirkan kami bertanya kepada seorang mak cik yang berjalan sama arah dengan kami. aku dah hampir nangis dekat situ sebab terharu gila-gila bila mak cik tu cakap dia dengan anak dia pun nak pergi HKL dan suruh kami ikut dia. subhanallah. Maha suci Allah. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. rasa macam nak sujud syukur di situ jugak bila dapat offer macam tu. kalah menang lucky draw rm1000 tau?

dan yang buat aku lagi terharu bila mak cik tu jaga kami betul-betul macam anak dia. siap tolong kami lintas jalan dengan selamatnya. dia pegang aku, dia pegang ainul. sama macam dia buat anak dia. 

*ttsk tsskk* 

semoga Allah berkati diri mak cik yang baik hati ini.. aaminnn :') inshaa Allah. Allah selalu bersama orang-orang yang suka memberi pertolongan kepada orang lain. 

lepas dah sampai ke Kamal Bookstore tu, sekali lagi rasa nak buat sujud syukur. akhirnya sampai jugak kami. Alhamdulillah. syukur kepada Allah SWT. akhirnya dapat jugak beli stateoskop. 

*senyum sampai telinga tak berhenti*


"dan Kami pasti menguji kamu denga sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar."

~al-Baqarah : 155



ni adalah gambar hiasan semata-mata. hehehe <3
dan Alhamdulillah kami bertolak balik dan tiba di KL sentral sebelum maghrib. memang agak lambat sebab mula pun lambat, dah dengan izin dan pertolongan Allah, kami selamat tiba :D

good deed deserves another, ey? na'am na'am. setuju sangat! tak luak pun kalau buat baik, sebab yang pasti ada ganjaran buat diri kita. inshaa Allah. 

"hanya kepadaNYA kamu meminta tolong. jika DIA menghendaki, Dia hilangkan apa (bahaya) yang kamu mohonkan kepadaNYA dan kamu tinggalkan apa yang kamu persekutukan (dengan Allah)''

~al-an'am : 41

mungkin ini contengan perjalanan kami. mungkin ini salah satu cara Allah untuk tarbiyyah kami. mungkin juga ini satu pengalaman yang cukup indah buat kami. mungkin. mungkin. juga satu titik pengalaman yang singkat ini mengajar kami erti pertolongan Allah itu ada di mana-mana. 

 *sengih sambil tahan air mata jatuh*

sungguh, Allah itu Maha Halus. DIA menguji hambaNYA dengan begitu halus. hanya tinggal kita untuk menyedarinya dan mengambil iktibar. Allahu Akbar. 

"barangsiapa mengerjakan kebajikan, dan dia beriman, maka usahanya tidak akan diingkari (disia-siakan) dan sungguh Kamilah yang mencatat untuknya."

~al-anbiya' :94






Monday, 22 July 2013

Entri Ramadhan 2

Assalamualaikum wbt.

hari ni dah genap 14 Ramadhan. macam tak sedar masa berlalu. Allahu Akbar. sekejap sangat.

aku seperti biasa tak ada buat apa-apa aktiviti special pun. hari-hari rutin yang sama. bangun pagi, jaga anak sedara aku, petang-petang update blog, takpun baca buku, lepas asar prepare masak untuk iftar. kadang-kadang kalau ada aktiviti luar aku join je. alang-alang tak buat apa kat rumah kan. sejak-sejak habis foundation ni bukan main aku goyang kaki. hahaha. 

and hari ni lesen P aku dah siap. weeeeee~~ alhamdulillah. setelah dekat sebulan menanti IM siapkan lesen aku. lepas ni boleh aku pergi joli naik kereta.  :D

aku bersyukur sangat-sangat dengan apa yang family aku ada sekarang. walaupun kami bukanlah keluarga yang senang sangat, tapi alhamdulillah rezeki tak pernah putus. ma pun tengah nak renovate kedai makan jadi lagi besar dan abang ngah dah beli kereta untuk aku.  alhamdulillah, rezeki Allah bagi dekat keluarga aku.

benarlah firman Allah. "bersyukurlah kepada-KU, nescaya Aku tambah nikmat kepadamu." aku tak ingat ni ayat dari surah mana tapi ayat ni selalu buat aku terkesan. selalu buat aku ingat bahawa Allah itulah sebaik-baik Pemberi Rezeki dan selalu buat aku ingat untuk sentiasa bersyukur dengan apa pun yang Dia kurniakan. and i'm grateful for my  latest result for my final exam. even tak dapat 4 datar, tapi dah lepas target yang MARA mintak tu kira tersangat lah okay kan? aku tahu itu adalah hasil dari usaha aku sendiri. usaha aku bukan usaha 4 flat, so tak dapat lah merasa 4 flat sem kali ni. but still, bersyukur kepada Allah kerana still bagi result yang OK. 

dah namanya pun kita ni hamba, jangan laa banyak songeh kan? apa yang Pencipta kita bagi, kenalah terima. ;)

sekarang kita dah masuk fasa kedua Ramadhan. dari hadis our beloved Prophet Muhammad SAW, yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari, fasa kedua ni adalah fasa keampunan. (nak baca hadis penuh, refer entri sebelum ni). fasa di mana pintu keampunan Allah luas terbuka bagi hambaNYA yang memohon taubat dariNYA. ni lah peluang untuk kita grab peluang yang ada sepenuhnya. 

"Ya Allah, ampunilah kami, keluarga kami, saudara-saudara kami, sahabat-sahabat kami, teman seperjuangan kami serta saudara-saudara Muslim yang lain atas segala dosa yang telah kami lakukan. jauhilah kami dari azab api neraka. Ya Rahman, sesungguhnya Engkau adalah yang Maha Pengasih lagi Maha Penerima Taubat."

yuk sama-sama kita doa mohon keampunan banyak-banyak. subhanallah.

aku ada terbaca satu firman Allah dalam surah al-a'raf:153.

"dan orang-orang yang telah mengerjakan kejahatan, kemudian bertaubat dan beriman, nescaya setelah itu Tuhanmu Maha Pengampun Maha Penyayang."
Allah SWT sebenarnya sangat suka jika hambaNYA memohon keampunan dariNYA. DIA bersedia mengampuni dosa-dosa hambaNYA yang bertaubat dengan bersungguh-sengguh tanpa jemu. sungguh, kita ni manusia jika tidak meminta, masakan DIA akan beri.

see? Allah itu sangat sweet sangat awesome dengan hambaNYA. tapi jangan lah kita gunakan alasan Allah itu Maha Pengampun untuk terus berbuat dosa. sebaliknya yuk kita kembali mohon keampunan Allah SWT atas dosa-dosa yang kita telah buat. macam yang aku baca dari buku 'Untuk Kita Pendosa' karya Hilal Asyraf- harapan itu selalu ada. buat kita pendosa. 

berdosa bukan penutup kepada pintu rahmat Allah. tetapi pintu rahmat Allah SWT tertutup sekiranya kita beterusan bergelumang dengan dosa. hidup kita semakin rosak jika kita tidak membersihkan diri daripadanya. oleh kerana itu, kita perlu bergerak dan menilai semula kehidupan kita. teruskan mencuci sisa dan karat-karat dosa ini daripada melekat dengan lebih lama. (bab 1 m/s 2- untuk kita pendosa:Hilal Asyraf)

jika renung balik statement ni, rasanya sangat dekat dengan diri aku kot. mungkin jugak sesiapa yang baca buku ni. sebab kadang-kadang aku terasa macam diri ini sangat banyak melakukan dosa tapi tak pernah nak reflek balik. astaghfirullah. astaghfirullah. astaghfirullah. tapi Allah tetap bagi aku peluang untuk terus bernafas di bumi Allah ni. 

*mata-masuk-habuk*

Alhamdulillah.

Photo: jom tadabbur surah. :)
 
"dan orang-orang yang telah mengerjakan kejahatan, kemudian bertaubat dan beriman, nescaya setelah itu Tuhanmu Maha Pengamoun Maha Penyayang."

~al-a'raf:153.

 see? Allah itu sangat sweet sangat awesome dengan hambaNYA. tapi jangan lah kita gunakan alasan Allah itu Maha Pengampun untuk terus berbuat dosa. sebaliknya yuk kita kembali mohon keampunan Allah SWT atas dosa-dosa yang kita telah buat. <3 <3 <3

i love this quote so much. Hlovate, I heart you. <3

betul, kita semua ada masa lalu. and we deserve a future yakni a better future, insha Allah. usaha. itu yang penting. tak cukup jika kita target semata-mata nak jadi lebih baik tapi tak usaha. ibarat macam nak masak, tapi tak ada bahan. nak makan tapi tak ada nasi. (eheh, petang-petang dok cakap pasal makanan pulak. Puasa! puasa!)

and what is the meaning if 'baik' itself? hmmm.. baik in general and simple word is buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang. macam kalau kita puasa, ye baik sebab kita kerjakan ibadah dalam rukun islam kita. tapi kalau puasa tapi tak jaga waktu solat, tu dikira not good enough, yes? 

*tenung langit sambil fikir*

dalam masa bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini, jom kita sama-sama muhasabah diri. we deserve a better future. dengan izinNYA insha Allah kita boleh. 

"Bulan Ramadhan diturunkan al-Quran, dijadikan petunjuk untuk sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah."

-al-Baqarah:185-

nak jadi baik, tak boleh laa nak buat gaya macam dulu-dulu kan? kalau dulu sehari boleh baca 10 komik, sekarang cuba tukar dengan baca al-quran, farah. kalau dulu solat macam tak sempat-sempat sebab nak tengok bola, sekarang cuba-cuba hayati sikit bacaan dalam solat tu, fuu. kalau dulu telinga ni dok dum dam dum dam dengan lagu Sum 41, sekarang ni cubalah dengar zikir ke lagu nasyid. kalau dulu nak masuk dapur tolong ma masak pun berat kaki, sekarang ni kenalah ringan-ringan tulang sikit tolong masak, farah.

sekarang dah nak dekat pukul 4. kena pergi dulu, nak siap-siap nanti nak masak. :D hari ni aku nak masak tomyam ayam dengan sambal kerang untuk iftar tau. hehehee~ aku yang mengidam nak makan tomyam hari ni, macam ngada-ngada pulak. last-last ma aku suruh aku masak sendiri, and aku dengan senang hatinya meng-offer-kan diri untuk masak sambal kerang sekali. :) 

nak jadi baik, kena berubah dari sekarang kan!

eh jap nak bagi love letter <3

dear Ramadhan,
please slow down.. love, Farah.

p/s : janji Allah tidak mengecewakan. innallaha maana..

Saturday, 13 July 2013

Entri Ramadhan


salam hari sabtu, 4 Ramadhan 1434 hijrah. :)

masuk hari ni dah empat hari kita puasa kan? rasa sekejap sungguh masa berlalu. pejam celik tinggal lebih kurang tiga minggu lagi bulan mulia ini nak berlalu. 

Alhamdulillah. Allah masih beri nikmat kepada aku untuk merasai Ramadhan kali ini dalam keadaan sihat sejahtera, aman damai dan yang paling best aku puasa di rumah. yeayy! dengan family ;) buat sape-sape yang tak dapat puasa dengan family kali ni jangan jelly ye :p kalau Ramadhan lepas aku puasa dekat Shah Alam hari-hari makan makanan baazar stadium, sekarang dekat rumah dapat makan masakan ma. ma masak tau! aku tolong menyemak dekat dapur je lah. hahaha. keadaan ini buat aku tetiba teringat satu hadis dari Kekasih Allah, our beloved Nabi Muhammad SAW.

sabda Rasulullah SAW : "sesungguhnya dua nikmat yang paling disukai oleh manusia ialah nikmat sihat dan lapang"

agree much? oh yes. sangat setuju. kenapa tak kata nikmat kaya ke,nikmat muda ke dan nikmat lain-lain? (boleh refer lagu demi masa-raihan) sebab apa guna kalau kaya tapi sakit? apa guna kalau kaya tapi tak senang hati? kan.. 

*angguk-angguk*

p/s: ni adalah daripada slot al-Kuliyyah semalam yang menceritakan tentang 'Ramadhan-mengenali diri'. saya hanya mengolah balik apa yang dipelajari semalam. insha Allah :D

petang ni free. so aku update blog. daripada aku buat benda lain baik aku update pasal diri aku kan? muahahahahaa nak mencapup sikit. :p
nak pergi masak untuk berbuka rasanya awal lagi. lagipun bukan nak masak yang gempak-gempak pun. ikut sunnah nabi, bersederhana dalam segenap perkara. 

kabare iman? kabare hati? insha Allah semuanya dalam keredhaanNYA, okeh.

okay sekarang apa khabar diri? sihat? ke ada yang lembik ketepek petang 4 ramadhan ni? eheheee~ insha Allah tak ada laa kan? semuanya diharap sihat-sihat je. bak kata ustaz al-kuliyyah semalam, 'puasa ini makanan rohani yang hebat'. puasa kita sepatutnya memberi kita kekuatan. bukti? cuba lihat perang Badar. berlaku masa bulan puasa. di kala tentera musuh ada 1000 orang, tentera islam ada 313 orang muslim yang berpuasa, kita menang mengalahkan tentera kafir yang lebih kurang 3 kali ganda lebih ramai. sejarah ini membuktikan perkara yang besar kan? 


Ramadhan bulan untuk kita mujahadah diri. bulan untuk kita tarbiyyah diri. bulan untuk kita melatih diri untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT. syaitan diikat pada bulan Ramadhan ni, so yang tinggal hanya kita melawan nafsu sendiri. semoga bulan ramadhan ni menjadi turning point untuk kita umat manusia agar lebih istiqamah dalam beribadat sehingga bulan-bulan yang lain. insha Allah.

sabda Rasulullah SAW lagi,

"permulaan Ramadhan itu rahmat, pertengahannya ialah keampunan dan pengakhirannya adalah pembebasan dari api neraka."

jika nak di-congak, 10 hari rahmat, 10 hari pengampunan, 10 hari pembebasan dari api neraka.

subhanallah. Pemurahnya Allah. tak inginkah kita mengejar kurniaan daripadaNYA itu? sape nak angkat tangan!

*angkat tangan*

jika dah dinamanya manusia, pasti kita tak terlepas dari buat dosa. so this is the time kita melabur banyak-banyak pahala. amalan yang wajib digandakan pahalanya 70 kali ganda, amalan sunat pahalanya sama dengan pahala amalan wajib, satu huruf al-quran kalau dibaca berganda-ganda Allah bagi pahala. Allahu Akbar.

so macam mana tadabbur al-quran? dah sampai juz berapa? aku sekarang lagi usaha nak khatamkan al-Quran di bulan Ramadhan ni. insha Allah. moga Allah redha dan permudahkan. dan moga Allah tetapkan hati agar terus istiqamah lepas-lepas ni.*cakap dengan diri sendiri.

semalam jugak tengok jejak rasul 2013 di tv3. semalam dia paparkan suasana puasa di Jordan. subhanallah meriah yang amat. di sini meriah bukan dengan baazar ye. ramadhan tu dihidupkan dengan bersungguh-sungguh. solat terawih di masjid abu ubaidah sangat penuh dengan jutaan muslimin dan muslimat. sungguh aku terpegun! kalimah subhanallah tak lekang dari bibir bila tengok golongan yang tua pun ikut sama berdiri mengadap Allah. solat terawih di sana sangat penuh pengisian. buat 8 rakaat sahaja, tapi selepas 4 rakaat, imam akan menyampaikan kuliah peringatan. lebih kurang 20 minit lepas tu baru sambung balik. Allahu.. jika nak banding kita di sini, rasanya buat 8 rakaat tanpa ceramah pun dah tersengguk-sengguk dah.

*pang! pipi merah kena pelempang*

sentap bak ang. sejak-sejak ramadhan ni banyak giler sentap kot. lagi-lagi bia tengok rancangan Qari Junior. kanak-kanak yang masih kecil dapat menghafaz al-quran dan disertai dengan tarannumnya. subhanallah. *merah pipi tahan malu*
yang lagi mengagumkan bila salah seorang kanak-kanak tu berkata, "saya masuk rancangan ni bukan untuk menang, tapi saya ingin menyampaikan keindahan ayat-ayat Allah kepada sesiapa yang mendengar." 

*double malu*

they are so innocent yet they are so determined. kita macam mana? cuba tanya diri sendiri, kita yang dah besar tagun ni berapa banyak surah yang kita dah hafal dan amalkan maknanya? 

astaghfirullah. 

p/s : mari menjadi hamba (pinjam tagline langitIlahi.com) may Allah bless

Thursday, 11 July 2013

psstt psstttt. bersyukur tak?

with the name of Allah the most Gracious most Merciful.

hari ni keluar result upu. weeeeeee~ 
ahahaha bajet macam aku apply je. 
okok serius.
okey sebelum tu, ni :

tahniah buat kawan-kawan yang dapat result upu hari ni. even dapat apa pun result, always say Alhamdulillah. He Knows the best indeed what is good and what is bad for you. bersyukur lah kepadanya nescaya dia tambah berlipat kali ganda nikmat itu.  sesungguhnya Dialah sebaik-baik perancang dan sebaik-baik pemberi rezeki. 


nak share story apa?
story aku. kisah aku. ececeee~
mungkin ada antara kawan-kawan yang tak dapat result upu yang okay dan ada yang dapat. Alhamdulillah. itu rezeki Allah bagi, kan?  walau apa pun always thanked HIM. rezeki Allah bagi kita tidak tahu apa rahsia di sebaliknya, kan? 

"cakap senang laa. dia tu untung laa dah dapat scholar, dapat u best."

-saya dulu tak nak pun pergi MSU. but Alhamdulillah, here I am.:D

it's ain't hurt to dare to try,yes? memang aku dulu tak nak pun pergi MSU, sebab apa sebab dah dapat UIA. UIA kot. uni best tu. environment dia, masya Allah sesuai sangat untuk sedut roh Islamic dalam diri. lecturer dia? semuanya lecturer bagus kot. dapat belajar arab lagi. Bahasa Jannah kot. rugi nye kalau tak belajar. aku yang baru belajar lebih kurang sebulan dah jatuh hati jatuh jantung jatuh limpa dengan bahasa al-quran tu. sumpah, tak tipu.

tapi cakap-cakap kenapa still pindah ke MSU? uni private pulak tu. (when i say private uni, of course you know what i mean). environment dia 360 darjah beza dengan uia. tapi disebabkan dapat course medic, dapat scholar, last-last aku decide nak pindah. sebab kat uia aku dapat course bioscience. and i want to be a doctor.

sedih? tak yah nak cakap. lebih-lebih lagi my best friend ada kat uia(you know who you are).but of course Allah Knows what is the best for HIS slave. agree much! msu, tempat aku mula kenal erti hidup. hidup berlandaskan Islam, insha Allah. macam mana uni ni mengubah aku? you know when you are just so adapt to the islamic environment, and out of the blue, you enter the 'different world', you will tend to find the yourselves again. either you choose the right path, or you hanyut dengan the 'different world' itself. di sini bukan aku nak kata msu tu tak islamic langsung, program dekat msu tu kalau dicari memang environment dia lebih kurang dekat uia. serious talk. usrah tu berlambak kalau nak cari. 

betullah firman Allah dalam al-baqarah ayat 216.

"fighting is prescribed for you, and you dislike it. but it is possible that you dislike a thing which is good for you, and that you love a thing which is bad for you. but Allah knows, and you know not. "

dulu bukan aku nak masuk msu, tapi akhirnya subhanallah aku sekarang sangat sayang dengan msu. tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat menimba ilmu dunia akhirat. mana tak jatuh sayang kalau macam ni? kan? di sini, lebih senang nak compare yang mana hitam yang mana putih. ia jelas. jika dilihat, jika ditarbiyyah, hati kita senang sangat terasa sebak bila lihat gap yang sangat besar between 'putih' and 'hitam'. kita nak pilih yang mana? fitrah kita ni kan walau kita buat jahat banyak mana pun, fitrah kita mesti mencari kebaikan. pendeknya, 99 nama Allah. asma ul-husna. insha Allah jika kita pandai mencari, kita dicampak ke mana-mana pun kita boleh survive. insha Allah. innalaha maana. 

indeed, HE is the best Planner. 
*sujud syukur*
Alhamdulillah.

buat kawan-kawan, tahniah atas keputusan yang dapat. indeed DIAlah pemberi rezeki sebaiknya. mungkin di uni yang baru, anda akan dapat jadi lebih baik? mana tahu? takdir kita bukan kita yang pegang. rezeki, jatuh naik, bukan urusan kita untuk menentukan. yang penting, kita berusaha sebaik mungkin. Allah tengok usaha, bukan tengok hasil. :D 

"alaaaa aku dapat u****. kos pulak tak best. tension betul -.- "
"dah tu itu rezeki Allah bagi. bersyukur bro/sis. kalau DIA tak bagi langsung macam mana? "
"erk......?"

*aman tanpa perang*

p/s: selamat berpuasa semua. may Allah bless <3 <3