Monday, 31 December 2012

Love Letter ~ al-mulk

 Dengan nama ALLAH S.W.T yang Maha Pengasih,Maha Penyayang.





surah al-mulk ialah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya daripada seksa kubur. sejarah telah menbuktikan seperti yang belaku pada zaman Rasulullah s.a.w. ibnu Abbas menceritakan :

" pernah pada suatu ketika sebahagian para sahabat berkhemah di atas kubur. mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu ialah kubur. setelah beberapa ketika berada dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca al-mulk dari mula hinggalah akhirnya. suara itu datangnya dari dalam tanah. tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah s.a.w lalu baginda bersabda yang bermaksud. ' surah al-mulk ialah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka,'"

masyaAllah. sweet sungguh Allah kan? surah ini memberi begitu banyak kelebihan kepada kita. ulama pernah berkata, " sesungguhnya Rasulullah s.a.w tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah al-sajdah dan surah al-mulk." 

see? even Nabi s.a.w kita yang maksum pun amalkan. apatah lagi kita manusia yang penuh kekurangan ini. sesiapa yang mengamalkan surah ini sehingga menjadi amalan wiridnya, sesungguhnya surah ini akan memberi pertolongan dan bantuan di alam kubur kelak.

kita dihidupkan dan dimatikan tidak lain dan tidak bukan untuk diuji siapa di antara kita yang terbaik amalnya (al-mulk:2). Allah mencipta manusia hanyalah untuk beribadat kepadaNYA. sungguh betapa kahidupan dunia ini hanyalah sementara sahaja. beribadatlah sedaya yang termampu.

banyak lagi kelebihan surah ini sebenarnya. antaranya :

  • Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud :"sesungguhnya dalam al-quran itu ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia memberi syafaat kepada lelaki yang membacanya. maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. surah itu adalah surah al-mulk."
  • Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah al-mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis dalam hatinya.

  • Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " sesiapa yang membaca surah al-mulk setiap malam, diselamatkannya daripada azab kubur. "
  • saiyidina Ali berkata, : "sesiapa yang mengamalkan surah al-mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti Nabi Yusuf." 
  • ulama berkata : "sesungguhnya surah yaasin dan surah al-mulk terkandung dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. sesipapa yang mengamalkannya nescaya ia akan mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk. "
inshaa Allah kita bersama-sama mengikut sunnah Rasulullah s.a.w dengan menjadikan surah ini sebagai amalan wirid kita sebelum tidur. sama-sama kita mengejar kelebihan ayat-ayat al-Quran al-Karim. bukan untuk siapa, untuk diri sendiri juga. 

al-Quran ni perfect! ni adalah ringkasan untuk salah satu surah dalam al-Quran sahaja. sesungguhnya surah-surah lain mempunyai kelebihannya yang tersendiri. bila-bila masa kita rasa ingin berbicara denganNYA, buka je al-Quran. pasti akan rasa lebih tenang, lebih damai. :)

surah al-mulk :


rujukan : surah-surah amalan ; Ustaz Yusri Abd Halim; Yamani Angle sdn. bhd. 
 

Saturday, 29 December 2012

TMS-ians. KAWAN

Salam alaik.
macam mane nak start tulis ni? haihh. nak buat intro pon susah tapi tangan dah gian nak menaip. :)

dipendekkan cerita nak bercakap pasal kawan.

hehhh. ingat kan gempak sangat lar tajuk, rupa-rupanya tajuk kawan je.

KAWAN. 5 huruf je, pendek tapi bawa makna seribu dalam hidup kita. tak ke? 

seseorang pernah cakap, "carilah kawan apabila kamu memandangnya akan mengingatkan kamu kepada ALLAH. mendengar kata-katanya akan menambahkan ilmu, melihat gerak gerinya meninggikan takut kepada ALLAH, berkawan dengannya jihad Fisabilillah. "  

kawan yang sanggup meredah hujan, kawan yang sanggup berkongsi susah senang, kawan yang bersama-sama menghadapi dugaan, kawan yang makan berkongsi pinggan, barulah dipanggil kawan sepanjang zaman.

itulah baru boleh dilabel kawan sejati. Alhamdulillah. di bumi Terengganu, aku menemui mereka yang dipanggil kawan. 5 tahun di TMS bermacam-macam jenis orang aku jumpa. aku belajar erti hidup, aku belajar erti persahabatan, aku belajar erti manis-pahit-payau alam remaja. 
cehhh. bajet dah lepas alam remaja je gaya cakap. hehe. 

but its true. zaman sekolah adalah zaman yang paling berharga dalam hidup aku. mungkin orang lain pon begitu kan? 

rasa macam baru je semalam bersuka suki dekat koridor kelas. rasa macam baru je semalam bertepuk tampar dengan kawan di tengah-tengah alam. rasa macam baru semalam jugak bersama-sama belajar untuk exam. sungguh aku rindu suasana itu. 


walaupun sekarang masing-masing sudah terpisah, berpisah jasad bukan hati. jauh bukan bermakna melupakan. semoga hati kita diikat dengan tali persahabatan dan kasih sayang yang berlandaskan Islam. insha Allah kita akan kukuhkan simpulan tali itu dengan rahmat dan barakah dari-NYA.

thanks TMS buddies!
for the great memories..
for the sweet pain feeling..
for teaching me to go through and through the obstaclec..
for leaving the unforgettable moments..
for a never-broken-friendship..
for a long lasting love..

buat kawan-kawan dari bumi TMS, i miss you so much. mungkin ada yang dulu tersilap kata terkasar bahasa terlebih terkurang terpukul ter-sakit  tak sempat mintak maaf. i'm sorry for what i've done. :')

ayuh sama-sama kita berjuang di jalan-NYA. jalan jihad untuk dunia dan akhirat. all the best for all of you. may ALLAH bless :)

Saturday, 22 September 2012

sahabat: How to protect your iman?Hmm. Sangat susah sebena...

sahabat: How to protect your iman?
Hmm. Sangat susah sebena...
: How to protect your iman? Hmm. Sangat susah sebenarnya. Kalau dulu aku dikelilingi dengan orang-orang yang sangat strict dalam mat...

How to protect your iman?

Hmm. Sangat susah sebenarnya.

Kalau dulu aku dikelilingi dengan orang-orang yang sangat strict dalam matters of Islam, but now it is different.

The people

The surrounding environment

Macam 180˚ berpusing dari dunia dulu yang aku baru ingin adapt.

Haruskah aku jadi cameleon yang berubah mengikut environment?

“ ALLAH turunkan dugaan adalah untuk menguji imanmu.”

Teringat kata-kata dari seorang sister yang sangat ku sayang walaupun we are not blood-related.

Di sini iman aku teruji.

Saat diri baru sahaja ingin berhijrah, bahu terasa terbeban dengan dugaan duniawi.

Aku rindu keadaan di sana.

Di sana aku mengenal erti Islam yang sebenar.

Islam bukan hanya ditonjolkan dengan solat cukup 5 waktu je.

Islam bukan hanya dipraktikkan dengan apabila Ramadhan datang, kita wajib berpuasa.

Habis tu apa lagi??

Islam is way of life.


Islam ajar aku erti sebenar kehidupan.

Dulu, mana pernah kenal before tidur baca love letter dari ALLAH; surah al-mulk.

Dulu mana pernah baca al-ma’thurat dua kali setiap hari pagi dan petang. Kalau baca pun, jarang-jarang sekali je.

Kalau sebelum tu rasa diri dah baik, tapi hakikatnya aku rasa diri ini sangat kerdil apabila dikelilingi dengan orang-orang yang sangat hebat.

Srikandi Islam.

Pejuang-pejuang islam.

Walaupun mereka bukanlah berjuang mengangkat senjata, tapi mereka sangat gagah berjuang untuk menaikkan nama Islam di sana. Di sana hanyalah sebuah tempat yang sangat kacil jika diukur di peta dunia. Malah tempat itu mungkin hanya satu titik kecil di atas glob dunia.

Tapi mungkin dengan hanya satu titik kecil itulah akan tersebarnya keindahan-keindahan Islam ke serata dunia.

Who know, right?

Wallauhualam.

Back to the real topic.

Macam mana nk pastikan diri kita kuat dalam mengekalkan iman kita?

Sebenarnya this is the reflect to myself. Diharap penulisan ini dapat mengukuhkan tali keimanan, 

InsyaALLAH.

Mungkin susah untuk percaya dalam masa kita dikelilingi oleh orang yang kurang mengamalkan ajaran Islam, diri ini lebih senang untuk berubah.

Diri ini lebih senang untuk berusaha meningkatkan keimanan.

For me, this is true.

Dengan cara ni, lebih senang untuk membandingkan yang mana betul dengan yang mana salah.

Senang nak bezakan antara yang hak dan batil.

Comparison can easily made dengan hanya melihat keadaan sekeliling, and somehow we would tend to feel that we didn’t want to act like them.

We will tend to behave as the real Muslim to keep ourselves safe.

Safe from what?

Devil?? -.-‘

Naaaaa. Devils are not the one that we should be afraid of.

Selamat dari gangguan akidah.

Selamat dari terpesong.

Selamat dari terpengaruh.

Selamat dari arus duniawi semata-mata.

Risau diri ini akan terpesong jauh dan risau diri ini tergelincir dari landasan yang sebenar.

Dengan cara mendekatkan diri kepada ALLAH, aku rasa lebih selamat.

Aku rasa lebih bahagia dengan cara hidup aku.

Aku tahu I am not good enough. I tried my best to be like one. And I was hoping that I can find my own peace in this place. I want someone to guide me to go through and through the obstacles.

I need friends who can be by my side when I am lost in finding my way.

And……

Tadaaaaaa!!!!

I have found one :)




~Ya ALLAH, please guide me and protect me along the straight path
And I know that I can make it
One day I will be in heaven with you~

Aminn..

Ni sebenarnya lirik lagu yang aku tak ingat apa tajuk dia. Hahahaa.

But deep deep deep way inside the lyrics are kind of inspiration to me to be a better MUSLIM. 

InsyaALLAH.

That is my goal. My mission in this world. I want to be in heaven with HIM.

Tapi, aku lemah. Kadang-kadang hati ini goyah. Hati ini tidak setabah yang disangka. Aku ingat hati aku dah cukup kuat untuk menapis hasutan syaitan.

Titik hitam sering mewarnai hati. Aku lemah.

Huhhh. 

This is one of my dugaan. Ya ALLAH, kuatkan lah imanku ya ALLAH.

Lindungi aku dari perkara yang menjarakkan diriku dengan-Mu.

Aminn..

Pheww~~

Dah siap dah pon tulis. First time ber-karya. ^^