Wednesday, 8 May 2013

::random tarbiyyah::

"awak, hujung minggu ni ada daurah. jom!"

"ha? err.. urmm.." 

"daurah ni best tau. alang-alang hujung minggu ni kita tak busy." 

*senyum*

dia diam. 

" awak ada kerja ke? " 

" kerja? uh.. uh.. a'aa. saya ada kerja. busy sikit laa. lagipun daurah tu lama. sorry awak."

"takpe.. " *senyum kelat*

"nanti lain kali tau saya ikuti daurah tu." dia cuba memujuk.

*senyum lagi*

"it's okay. tak apa. "





dia memujuk diri.  'Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar. mungkin dakwahmu belum cukup ikhlas. mungkin hatimu belum cukup suci.'

kadang-kadang kita kecewa. kadang-kadang kita mengeluh. kenapa kita tidak nampak apa yang Allah mahu tunjuk kepada kita? kenapa hati ini mudah berputus asa?

" farah, awak ni sensitif sangat laa. biar lah kalau dia tak menerima. yang penting diri awak dah usaha. yang penting awak dapat redha Allah."

ya. 
betul.
yang penting diri kita. 
usaha? 
memang aku dah usaha. tu dah cukup laa kan?

tapi, aku tidak mahu jadi kisah kami seperti ini. Pernah diceritakan tentang sahabat baik pada hari kiamat nanti. sahabat yang taat kepada Allah setelah dihisab amalnya, dia dimasukkan ke dalam syurga. namun, sahabatnya itu amalnya tidak cukup untuk memenpah tempat ke syurga. sahabatnya yang dicampakkan ke dalam neraka itu menarik tangan sahabat baiknya dan bertanya,

"awak sahabat baik saya. tapi kenapa awak tak bersungguh-sungguh dalam mengajak saya ke jalan yang benar? kenapa awak biarkan saya hanyut dengan dunia saya? kenapa awak tak larang saat saya melakukan maksiat?"

lalu saat itu juga, dia dicampakkan sekali ke dalam neraka bersama-sama.

sedih bukan?

manisnya berkawan jika berkasih sayang kerana Allah. 

"awak, saya tidak dijamin lagi untuk masuk syurga, wak. tapi, saya ingin kita sama-sama berusaha ke arahnya. saya tak ingin masuk syurga sorang2, wak. saya nak bersama awak di syurga kelak. awak, kita melangkah sama-sama ek? saya sayang awak. kerana Allah."


*senyum* *mata.masuk.habuk*

No comments:

Post a Comment