Sunday, 26 May 2013

:: Ukhuwah Kami- MARA12


With the name of Allah the Most Gracious Most Merciful.

Kalam dimulakan dengan lafaz bismillah. Semoga apa yang dicoret ini tidak membawa kepada apa apa fitnah mahupun keburukan. Hanya ingin berkongsi cerita, itu saja.

First thing first, I’m officially tamat foundation in medical science di MSU. Alhamdulillah :D insha Allah I’m a doctor to be.

*wink2*

Medical EntranceTest (MET) pun dah tamat. Cerita pasal MET itu biarlah rahsia sebab… errr macam krikk krikk je kalau nak cerita. Muehehehehee. Tapi ringkasnya boleh cakap MET tu agak susah (sebab tak study kot -.-'' kalau study boleh je jawab sebenarnya. Ke tak? Hehe) tapi Alhamdulillah segalanya berjalan lancar hari tu even masa menunggu untuk di-interview macam menunggu untuk dipancung kepala mandatori. Nervous tu memang nervous and masa interview aku ditanya soalan health science yang telah ditinggalkan selama dua sem. Yeayyy -.-‘ soalan yang sangat menguji minda dan membuat sel otak aku terpaksa bekerja keras untuk menjawabnya. Al sudahnya…….. ok tak nak cerita. :(

Sehabisnya MET, it is the real end of foundation for us. Sobs.

*mata.masuk.habuk.*

Berkasih biarlah satu, berkawan biarlah seribu. (intro macam nak buat love story) hahaha. Tapi ini memang love story pun. Love story kami MARA12 di MSU. Love story antara kami 46 orang satu kelas. Mungkin cinta kami terjalin lambat sikit (sebab kami ada dua batch dan aku batch kedua). Cinta kami unik. Bukan dilakar semata kerana kami-classmates-so-kena-rapat-kalau-tak-tak-seronok-nak-belajar-untuk-satu-tahun, tapi cinta terjalin kerana hati-hati kami. Persahabatan kami ikhlas. Persahabatan kami kerana hati-hati yang dahagakan kasih dari insan bernama sahabat.


Kenangan yang kami buat sama-sama pasti akan aku kenang sampai bila-bila. Masa hu ha dalam kelas, picnic, dinner, drama, bbq etc. Aku bukan nak emo. Bukan nak sentimental. Bukan nak buat atmosfera sedih. Huk huk. Tetiba nak nangis pulak kan. Haha. Frankly speaking, korang memang sangat baik. Sangat best. Masa foundasi masa yang sangat berharga. Tak dapat dibeli dengan duit, tak dapat dibayar dengan emas berlian.

*kenyit-kenyit-mata-sambil-sengih-nampak-gigi*

Aku tahu aku banyak buat salah. And I’m really sorry for that. Kalau ada yang tersilap kata, terkasar bahasa, terpukul tersepak, tersakit hati, tergores jiwa, termasam muka, dan ter-ter yang lain lagi, aku betul-betul minta maaf. Apa yang sengaja dan tak disengajakan, mohon diampunkan. Huhuu. Mohon dilupakan apa yang pahit kelat, hanya dikenang apa yang manis manis sahaja. Ececeee.


As we go on
We remember
We will still be friend forever.

Adat berkenalan, adat persahabatan, adat pertemuan, pasti akan adanya perpisahan. (okeyy ni dah masuk part sedih so tolong sediakan tisu sekotak :/ ). Daripada 46 orang, 12 orang bakal ke UK untuk sambung optometrist. And yang paling sedih sekali, diorang fly before kitorang masuk degree. Kali ini kami akan berpisah buat masa yang lama. Tiga tahun. Mungkin juga dalam tiga tahun tu kita susah untuk berjumpa. Mungkin juga kita akan berpeluang bersua muka sekali tak sekala. Walau apa pun yang jadi, jangan lupa kami di MSU, Malaysia. Atau mungkin berpeluang ke Bangalore? (doakan kami. Insha Allah).
Pesanan penaja untuk opto-mians. :) (yuyue, ana, ati, syiqin, juma, tasha, bot, kina, iwan, arif, anas, azrin.)
Kat sana nanti banyakkkkkkkkkkkkk giiilllleeerrrrrr dugaan tau. Korang jaga diri elok-elok. ‘Jaga diri’ ni membawa banyak makna ;) Ini bukan terakhir kita berjumpa. Kalau ada jodoh, insha Allah akan ada lagi pertemuan kita semua. Seriously, memang sangat sedih dan rasa kehilangan. Namun seandainya hati-hati kita diikat dengan keikhlasan kerana Allah, pasti akan kembali akan bertaut. Berpisah jasad bukan hati. Berpisah fizikal bukan jiwa.
Kerana cinta insan bertemu, lantas kerana cinta jualah insan berpisah.
Cinta memang sering menemukan dan juga memisahkan..
Namun cinta sahabat tetap berakar.
Dalam pintalan takdir kerana segala jalan yang dilalui adalah ketentuan-NYA.
:’)
Insha ALLAH.
“sahabat yang terbaik adalah sahabat yang bertemu dan berpisah kerana Allah.”


Uhibbukum fillah jiddan jidda. <3

Wednesday, 8 May 2013

::random tarbiyyah::

"awak, hujung minggu ni ada daurah. jom!"

"ha? err.. urmm.." 

"daurah ni best tau. alang-alang hujung minggu ni kita tak busy." 

*senyum*

dia diam. 

" awak ada kerja ke? " 

" kerja? uh.. uh.. a'aa. saya ada kerja. busy sikit laa. lagipun daurah tu lama. sorry awak."

"takpe.. " *senyum kelat*

"nanti lain kali tau saya ikuti daurah tu." dia cuba memujuk.

*senyum lagi*

"it's okay. tak apa. "





dia memujuk diri.  'Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar. mungkin dakwahmu belum cukup ikhlas. mungkin hatimu belum cukup suci.'

kadang-kadang kita kecewa. kadang-kadang kita mengeluh. kenapa kita tidak nampak apa yang Allah mahu tunjuk kepada kita? kenapa hati ini mudah berputus asa?

" farah, awak ni sensitif sangat laa. biar lah kalau dia tak menerima. yang penting diri awak dah usaha. yang penting awak dapat redha Allah."

ya. 
betul.
yang penting diri kita. 
usaha? 
memang aku dah usaha. tu dah cukup laa kan?

tapi, aku tidak mahu jadi kisah kami seperti ini. Pernah diceritakan tentang sahabat baik pada hari kiamat nanti. sahabat yang taat kepada Allah setelah dihisab amalnya, dia dimasukkan ke dalam syurga. namun, sahabatnya itu amalnya tidak cukup untuk memenpah tempat ke syurga. sahabatnya yang dicampakkan ke dalam neraka itu menarik tangan sahabat baiknya dan bertanya,

"awak sahabat baik saya. tapi kenapa awak tak bersungguh-sungguh dalam mengajak saya ke jalan yang benar? kenapa awak biarkan saya hanyut dengan dunia saya? kenapa awak tak larang saat saya melakukan maksiat?"

lalu saat itu juga, dia dicampakkan sekali ke dalam neraka bersama-sama.

sedih bukan?

manisnya berkawan jika berkasih sayang kerana Allah. 

"awak, saya tidak dijamin lagi untuk masuk syurga, wak. tapi, saya ingin kita sama-sama berusaha ke arahnya. saya tak ingin masuk syurga sorang2, wak. saya nak bersama awak di syurga kelak. awak, kita melangkah sama-sama ek? saya sayang awak. kerana Allah."


*senyum* *mata.masuk.habuk*