Sunday, 26 May 2013

:: Ukhuwah Kami- MARA12


With the name of Allah the Most Gracious Most Merciful.

Kalam dimulakan dengan lafaz bismillah. Semoga apa yang dicoret ini tidak membawa kepada apa apa fitnah mahupun keburukan. Hanya ingin berkongsi cerita, itu saja.

First thing first, I’m officially tamat foundation in medical science di MSU. Alhamdulillah :D insha Allah I’m a doctor to be.

*wink2*

Medical EntranceTest (MET) pun dah tamat. Cerita pasal MET itu biarlah rahsia sebab… errr macam krikk krikk je kalau nak cerita. Muehehehehee. Tapi ringkasnya boleh cakap MET tu agak susah (sebab tak study kot -.-'' kalau study boleh je jawab sebenarnya. Ke tak? Hehe) tapi Alhamdulillah segalanya berjalan lancar hari tu even masa menunggu untuk di-interview macam menunggu untuk dipancung kepala mandatori. Nervous tu memang nervous and masa interview aku ditanya soalan health science yang telah ditinggalkan selama dua sem. Yeayyy -.-‘ soalan yang sangat menguji minda dan membuat sel otak aku terpaksa bekerja keras untuk menjawabnya. Al sudahnya…….. ok tak nak cerita. :(

Sehabisnya MET, it is the real end of foundation for us. Sobs.

*mata.masuk.habuk.*

Berkasih biarlah satu, berkawan biarlah seribu. (intro macam nak buat love story) hahaha. Tapi ini memang love story pun. Love story kami MARA12 di MSU. Love story antara kami 46 orang satu kelas. Mungkin cinta kami terjalin lambat sikit (sebab kami ada dua batch dan aku batch kedua). Cinta kami unik. Bukan dilakar semata kerana kami-classmates-so-kena-rapat-kalau-tak-tak-seronok-nak-belajar-untuk-satu-tahun, tapi cinta terjalin kerana hati-hati kami. Persahabatan kami ikhlas. Persahabatan kami kerana hati-hati yang dahagakan kasih dari insan bernama sahabat.


Kenangan yang kami buat sama-sama pasti akan aku kenang sampai bila-bila. Masa hu ha dalam kelas, picnic, dinner, drama, bbq etc. Aku bukan nak emo. Bukan nak sentimental. Bukan nak buat atmosfera sedih. Huk huk. Tetiba nak nangis pulak kan. Haha. Frankly speaking, korang memang sangat baik. Sangat best. Masa foundasi masa yang sangat berharga. Tak dapat dibeli dengan duit, tak dapat dibayar dengan emas berlian.

*kenyit-kenyit-mata-sambil-sengih-nampak-gigi*

Aku tahu aku banyak buat salah. And I’m really sorry for that. Kalau ada yang tersilap kata, terkasar bahasa, terpukul tersepak, tersakit hati, tergores jiwa, termasam muka, dan ter-ter yang lain lagi, aku betul-betul minta maaf. Apa yang sengaja dan tak disengajakan, mohon diampunkan. Huhuu. Mohon dilupakan apa yang pahit kelat, hanya dikenang apa yang manis manis sahaja. Ececeee.


As we go on
We remember
We will still be friend forever.

Adat berkenalan, adat persahabatan, adat pertemuan, pasti akan adanya perpisahan. (okeyy ni dah masuk part sedih so tolong sediakan tisu sekotak :/ ). Daripada 46 orang, 12 orang bakal ke UK untuk sambung optometrist. And yang paling sedih sekali, diorang fly before kitorang masuk degree. Kali ini kami akan berpisah buat masa yang lama. Tiga tahun. Mungkin juga dalam tiga tahun tu kita susah untuk berjumpa. Mungkin juga kita akan berpeluang bersua muka sekali tak sekala. Walau apa pun yang jadi, jangan lupa kami di MSU, Malaysia. Atau mungkin berpeluang ke Bangalore? (doakan kami. Insha Allah).
Pesanan penaja untuk opto-mians. :) (yuyue, ana, ati, syiqin, juma, tasha, bot, kina, iwan, arif, anas, azrin.)
Kat sana nanti banyakkkkkkkkkkkkk giiilllleeerrrrrr dugaan tau. Korang jaga diri elok-elok. ‘Jaga diri’ ni membawa banyak makna ;) Ini bukan terakhir kita berjumpa. Kalau ada jodoh, insha Allah akan ada lagi pertemuan kita semua. Seriously, memang sangat sedih dan rasa kehilangan. Namun seandainya hati-hati kita diikat dengan keikhlasan kerana Allah, pasti akan kembali akan bertaut. Berpisah jasad bukan hati. Berpisah fizikal bukan jiwa.
Kerana cinta insan bertemu, lantas kerana cinta jualah insan berpisah.
Cinta memang sering menemukan dan juga memisahkan..
Namun cinta sahabat tetap berakar.
Dalam pintalan takdir kerana segala jalan yang dilalui adalah ketentuan-NYA.
:’)
Insha ALLAH.
“sahabat yang terbaik adalah sahabat yang bertemu dan berpisah kerana Allah.”


Uhibbukum fillah jiddan jidda. <3

Wednesday, 8 May 2013

::random tarbiyyah::

"awak, hujung minggu ni ada daurah. jom!"

"ha? err.. urmm.." 

"daurah ni best tau. alang-alang hujung minggu ni kita tak busy." 

*senyum*

dia diam. 

" awak ada kerja ke? " 

" kerja? uh.. uh.. a'aa. saya ada kerja. busy sikit laa. lagipun daurah tu lama. sorry awak."

"takpe.. " *senyum kelat*

"nanti lain kali tau saya ikuti daurah tu." dia cuba memujuk.

*senyum lagi*

"it's okay. tak apa. "





dia memujuk diri.  'Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar. mungkin dakwahmu belum cukup ikhlas. mungkin hatimu belum cukup suci.'

kadang-kadang kita kecewa. kadang-kadang kita mengeluh. kenapa kita tidak nampak apa yang Allah mahu tunjuk kepada kita? kenapa hati ini mudah berputus asa?

" farah, awak ni sensitif sangat laa. biar lah kalau dia tak menerima. yang penting diri awak dah usaha. yang penting awak dapat redha Allah."

ya. 
betul.
yang penting diri kita. 
usaha? 
memang aku dah usaha. tu dah cukup laa kan?

tapi, aku tidak mahu jadi kisah kami seperti ini. Pernah diceritakan tentang sahabat baik pada hari kiamat nanti. sahabat yang taat kepada Allah setelah dihisab amalnya, dia dimasukkan ke dalam syurga. namun, sahabatnya itu amalnya tidak cukup untuk memenpah tempat ke syurga. sahabatnya yang dicampakkan ke dalam neraka itu menarik tangan sahabat baiknya dan bertanya,

"awak sahabat baik saya. tapi kenapa awak tak bersungguh-sungguh dalam mengajak saya ke jalan yang benar? kenapa awak biarkan saya hanyut dengan dunia saya? kenapa awak tak larang saat saya melakukan maksiat?"

lalu saat itu juga, dia dicampakkan sekali ke dalam neraka bersama-sama.

sedih bukan?

manisnya berkawan jika berkasih sayang kerana Allah. 

"awak, saya tidak dijamin lagi untuk masuk syurga, wak. tapi, saya ingin kita sama-sama berusaha ke arahnya. saya tak ingin masuk syurga sorang2, wak. saya nak bersama awak di syurga kelak. awak, kita melangkah sama-sama ek? saya sayang awak. kerana Allah."


*senyum* *mata.masuk.habuk*

Sunday, 7 April 2013

Ghuzwatul Fikr, Sayonara Jahiliyyah

by the name of Allah the most Gracious the most Merciful.

langkahku bermula di sini.





harap, rasa kecintaan berkekalan.
moga, Allah memberkati setiap tindakan.
mohon, Allah meminjamkan kekuatan.
tepis, rasa ketidakpuasan perasaan.
jauhi, godaan syaitan.
harap, hati ini tidak terdorong ke jalan hitam.
mohon, Allah jernihkan hati dan perasaan.

mungkin, langkahku bakal terhenti di sini.
mungkin, langkahku belum sempat bermula walau selangkah.
mungkin, aku bakal rebah ditimpa musibah.
mungkin juga, aku tergoda dengan nikmat keduniaan.

namun aku, mohon petunjuk TUHAN. mohon pada AR-RAHMAN. agar diperkuat hati. untuk memulakan langkah pertama menuju jalan. bukan jalan yang hitam, bukan jua kelabu kelam. yakni jalan yang jelas, jernih lagi suci. insha Allah :')

hanya satu. hanya satu yang aku ingin buang. 

KARAT- KARAT JAHILIYYAH.







Sunday, 17 March 2013

let's set our goals :)


Goal!!

Yeay, MU leads the game. Pheww~~

I love MU.

#GGMU!

Okay, mesti tiap kali sape2 yang kaki bola tengok bola, mesti akan bersorak riuh kalau team yg di-support (sungguh aku ni mengamalkan campurization bahasa) score dalam satu2 game. So do me.

Tapi sebenarnye bukan nak cerita pasal bola sangat pon. Tu just the introduction for the whole thing that I want to discuss today. (discuss?? Sangat lah formal aku ini.)

The main point is what is our goal for our life?



Sok sek sok sek dok tanye orang lain, banyak giler jawapan yang aku dapat.

  • ·         Nak jadi orang yang berjaya.
  • ·         Nak jadi anak yang solehah/soleh.
  • ·         Nak capai syurga ALLAH SWT
  • ·         Nak beribadah kepada ALLAH SWT
  • ·         Nak bahagia dunia dan akhirat

Yada yada yada. Kalau nak list-kan semua jawapan, 10 page pon rasa macam tak cukup kot.

Kalau nak tahu, jawapannya ada je dalam kitab suci kita, yakni al-Quran. Al-Quran is the most perfect reference in this whole wide world compared to other books. Apa yang kita nak tahu. Semuanya ada dalam the Book. ALLAH ingin berbicara dengan kita in that way. Sweet ALLAH kan? Apatah lagi DIA memberi jaminan ai-Quran tu akan kekal selama-lamanya di dunia ni. Maknanya, kita dapat berbicara dengan ALLAH tanpa ada batasan, tanpa ada penghujung.

Berbalik kepada perkara asal tadi. Matlamat! Goal! Benda yang sama. Apa matlamat atau goal yang kita nak achieve dalam hidup kita?

~Adz-Zaariyat 51:56~
                “AKU tidak menciptakan manusia dan jin melainkan untuk beribadah 
kepada-KU”

First of all, ibadah. Hidup kita tidak lain dan tidak bukan adalah untuk beribadah.  

~Al-Baqarah 2: 30~
“ Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “ Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi.” Mereka berkata, “ Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-MU dan menyucikan nama-MU?” DIA berfirman, “ Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”


Obvious kan? Tujuan kita dicipta di muka bumi ini adalah sebagai khalifah.

conclusion? tujuan kita dicipta adalah sebagai khalifah dan untuk beribadah. 

so, apa usaha yg kita dah buat dalam nak capai goal ni?  hanya solat semata-mata? hanya puasa di bulan Ramadhan sahaja? hanya keluarkan zakat bila cukup nilai? 

yea, those are part of it. but, that's that. 

pernah dengar analogi telur putih telur kuning?



telur kuning akan jadi ayam, telur putih akan jadi support. tanpa telur putih, anak ayam takkan jadi or maybe akan mati or retarded. kan?

hmmm.. apa kata kita masukkan analogi tu dengan matlamat hidup kita. telur kuning ialah matlamat and telur putih adalah alat. alat untuk capai matlamat kita. tanpa alat, anak ayam kita akan jadi tak sempurna. kan?

ingin masuk syurga Allah bukan bermakna dunia kena tinggalkan. malahan kita kena jadikan dunia tu sebagai alat untuk capai syurga Allah. jadikan apa yang kita kerjakan di dunia ni sebagai ibadah. senang je, asal dengan niat lillahi taala. 

so, take your step now! and pray for me, insha Allah to stick to HIS way. and of course i will pray for you too. <3 <3 
let's run towards Jannah without any delay. 

me myself ain't a good person, and i am striving to become one. insha Allah :)




_bidadaribesi


ada apa dengan cinta?

hingga membiarkan diri untuk dicerca..

namun aku pasti kembali..

dalam satu purnama..

bukan untuk dia, bukan untuk siapa..

kerna ku ingin kamu..

itu saja..





Friday, 25 January 2013

hati




hati,
kuatlah kadapi cabaran..
tabahlah hadapi dugaan..
jangan jatuh sebelum berjuang..

hati,
andai aku lalai maka bersuaralah..
bawa aku ke jalan tuhan..
bukan ke jalan hitam..

Saturday, 19 January 2013

sayang dia :)






bismillahirrahmanirrahim. in the name of ALLAH S.W.T the Most Gracious Most Merciful.




mood terlebih lebih happy hari ni. senyum tak leh nak henti. intoxicatedly happy ALHAMDULILLAH. :) 
mesti dok tertanya-tanya apsal laa aku ni mcm high semacam je. 

hari ni aku dapat love letter. uuuuu~ dari sape agaknye? namanye biarlah aku rahsiakan. dia kawan, juga teman, juga sahabat. the one that i love, the one that i care. we did going through hardship together, we did create awesome moments together. we laugh, we cried. itu satu hubungan yang sangat rapat kan? dia ada masa aku susah, dia ada waktu aku senang. 


Friendship Scraps (3)


i really don't realize we are getting far apart until aku dapat that love letter. i am seriously shocked (takde lah shocked sangat) bila aku baca ape yang dia tulis. *mata.masuk.habuk.
aku pun tak perasan until dia minta maaf ngan aku. untuk dia, sebenarnye takde ape pun yang perlu kite maafkan. sebab takde buat salah ape2 pun dengan kite. 

ingat lagi tak ape yang kak nira selalu cakap? hubungan yang berlandaskan Islam akan sentiasa kukuh sebab dibina atas tali yang kukuh. kita berkasih sayang kerana ALLAH S.W.T. asal kan dia sentiasa ada dengan aku, it is more than enough. i do not demand for more. :)
ni kata-kata yang dipetik dari dia punya love letter. inshaa ALLAH untuk renungan smua.


Kata-kata Imam Al-Ghazali
"Ukhwah itu bukan pada indahnya pertemuan,tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya"
Ku harap mekar di hati,
Agar persahabatan suci ini,
Kan terus mantap,
Menjadi syafaat,
Terukir indah di pintu Jannah.
Kata-Kata Saiyidina Ali r.a
Temanmu yg sebenarnya,
ialah orang yang ada bersamamu,
dan orang yang menyusahkan dirinya,
supaya ia bermanfaat kepadamu,




this is a story of me. this is a story of her. this is a story of me and her. uhibbukum fillah jiddan jiddan.sayang kamu kerana ALLAH. sesungguhnya ALLAH lah yang menjalinkan ikatan hati kita. inshaa ALLAH may our love last until JANNAH :)