“Seindah perhiasan di dunia ni ialah wanita solehah. Kalau dalam rumah tu tak ada apa-apa perhiasan lain, cukup lah dengan ada wanita yang solehah. Itulah perhiasan terbaik.”
Macam terngiang-ngiang kata-kata Ustaz Atlizan masa dalam kelas Islamic Studies. Heh.
*facepalm*
Ya Allah ya Tuhanku,
jika hati ini sejernih air,
jangan Engkau biarkan ia menjadi keruh.
jika hati ini sebening kaca,
jangan Engkau biarkan ia semakin berdebu.
jika hati ini secerah cahaya,
jangan Engkau biarkan ia semakin pudar.
jika hati ini sebuah nyawa,
jangan Engkau biarkan ia mati terseksa.
inilah aku Ya Allah,
bimbing aku dan cintai aku
dan berikanlah ruang untukku mendapat tempat dihatiMu
Ya Allah jangan sesekali Engkau tinggalkan aku sendiri
-Ustaz Atlizan-
jika hati ini sejernih air,
jangan Engkau biarkan ia menjadi keruh.
jika hati ini sebening kaca,
jangan Engkau biarkan ia semakin berdebu.
jika hati ini secerah cahaya,
jangan Engkau biarkan ia semakin pudar.
jika hati ini sebuah nyawa,
jangan Engkau biarkan ia mati terseksa.
inilah aku Ya Allah,
bimbing aku dan cintai aku
dan berikanlah ruang untukku mendapat tempat dihatiMu
Ya Allah jangan sesekali Engkau tinggalkan aku sendiri
-Ustaz Atlizan-
Ni jugak sebahagian puisi yang ustaz selalu sebut-sebut. Cerita ustaz, dia compose puisi ni masa di Indonesia masa dia sakit. Makna nya memang sangat deep. Deep giler. Terasa panas hujung mata tiap kali ustaz melagukan puisi ni.
Memang lah. Nak jaga hati ni sangat susah. Bukan nye macam sesenang macam nak buat pisang goreng. Kalau bacuhan tepung tu tak betul, ter-banyak air ke, ter-lebih telur ke (letak telur ke?), maka tak sedaplah jawabnya. Kan?
Bak kata ainul, “heart is fragile, handle with prayer.” Heart memang rapuh. Senang sangat kalau nak shreds into pieces. Sebab apa, sebab distractions tu memang sangat banyak. Movies, lagu-lagu, tv, kawan-kawan, lelaki(yang ni paling bahaya), games. Bukan senang nak jaga hati tu nak bagi betul-betul istiqomah. Astaghfirullah. Aku sendiri pun masih terkial-kial marangkak nak capai tahap itu. Movies? Kalau bukan dekat laptop, dekat tv berlambak kan? Games? Aku bukan gamers sangat. Yang ni boleh tinggal. Insha Allah. Fb,Twitter,youtube? Hari-hari online. -.-‘ Lagu? Heh, kadang-kadang telinga ni meroyan jugak nak dengar balik si inche Linkin Park, si inche Sum 41, A7X, Simple Plan, Westlife. Memang lah dengar lagu tak salah kecuali melalaikan, tapi kalau dah dengar lagu yang sepatah haram tak sebut pasal Tuhan tu….. tak ke bakal membawa kepada lagha?
*garu kepala*
Orang kata, ambil ibrahnya. Ambil pengajarannya. Contoh? Tengok movies, ambil benda yang baik. Easier said than done, huh? I know. I know. I experience it as well. Kalau masa usrah, kitorang tengok movie chicken run siap boleh buat masuk analogy telur putih telur kuning. Nampak tujuan si ayam tu nak keluar dari kandang tu sebagai telur kuning, cara dia tu sebagai telur putih. Punya lah semangat giler kot lepas tu nak practice tengok movie macam tu. Tapi, hakikatnya? Susah kan? Bila dah leka tu, tak nampak dah yang mana satu nak dijadikan pengajarannya.
*mukatapaktangan*
Sebab tu Allah kurniakan sahabat buat peneman. Sahabat yang baik sentiasa menegur dan bersedia untuk ditegur. Tak gitu? Kalau tengok movie dengan kawan, lagi senang kot nak elak lagha. At least ada orang yang nak dibuat discuss pasal movie tu. What is good and what is bad. Bak kata orang, ‘yang buruk jadikan sempadan, yang baik jadikan tauladan’.
Heart beats fast.
Colours and promises.
How to be brave?
How can I love when I’m afraid to fall?
-Thousand years
Lyric ini kena. Lagu tema untuk cerita twilight ( I’m not a twihard even though I know this song.I’m a potterhead. Sekian. Saja nak bagitau. Heh.) Dengar lagu bukan sekadar dengar. Tak rasa ke lirik ni deep? How can you be brave and how can you love when you afraid you’re gonna fall? Sangat rapat dengan hati kan? Hati kita jika takutkan kegagalan, masakan mahu menyayangi? Masakan mahu menjadi berani? Even kita try buat something yang probability dia 99% bakal berjaya pun kita still nervous. Sebab apa? Sebab kita takutkan that 1% of the failure.
Tapi Allah kata apa?
“Turn towards Me, o believers, every one of you, so that you can be successful” -an-nur: 31
Turn to HIM. Be successful. Easy? Yes it is. The words ‘so that’ is juat like a guarantee. Tak ke? Macam ayat, study, so that you can pass your exam. Which means kalau tak study, kita tak kan pass exam kan? Isn’t it obvious? As simple as that.
“Ingatlah dalam jasad itu ada seketul daging. Jika ia baik, baiklah jasad seluruhnya. Jika ia rosak, rosaklah jasad seluruhnya. Ketahuilah, bahawa segumpal daging itu ialah hati”.
Hadis riwayat al-Bukhari.hadis keenam dalam hadis 40.
Hati kalau tak dijaga dari awal, susah nak bersihkan balik tapi tak mustahil. Jika kita jaga hati kita, insha Allah baiklah semuanya.
Wallahualam.