Sunday, 9 February 2014

Exam. With capital E.

Assalamualaikum wbt.

long time no see, miss bloggie. lama giler tak jejak wilayah blog aku ni. dah berhabuk gamaknya. hahahahaa. 

budak medic kena busy ke? budak medic kena selalu mengadap buku ke? budak medic kena selalu cakap hal pelajaran ke? haiyooo. aku boleh pengsan berdiri kalau gini. get a life, fuu! 

sebenarnya sekarang tengah study week. time orang lain sibuk study boleh pulak aku dok ngadap lappy vaio kesayangan ni merapu. 

-release tension?

+errr tak tension pun.

-urmmm malas? 

+kalau malas aku tido je.

-dah tu?

+just because. short escape. 





saje letak gambar kasi ada pengcahayaan agung datang. ambik aura nak exam lagi kurang dua minggu. may Allah ease everything.

Wednesday, 20 November 2013

Do You Live Up To Your Name?

Assalamualaikum wbt. 

:D

ecececee~~ awal-awal dah bagi killer smile. biasalah nak pahala sedekah hikhiks

motif tulis entry baru? entah. rasa macam nak tulis je. rasa macam nak menaip je. rasa macam nak share something je. rasa macam ada cerita best je.. hahahaa

okey enough kegedikan melampau-lampau. 

*masuk part serius mius*

sebenarnya aku busy sangat. sangat-sangat busy. (lihat betapa aku nak empasize busy tu dengan sebut dua kali). Alhamdulillah minggu lepas dah habis fundamental module, sekarang ni baru masuk musculoskeletal system (MSK). module yang boleh buat aku muntah pelbagai warna jika mengadap lama-lama. phew~~~ baru masuk lecture dua hari dah habis cover dah upper limb and half of the lower limb. grrr.. memang laa nak pecah otak aku terima segala bagai dengan sekali gus kan. dengan nama muscle yang nak sebut pun susah, apatah lagi nak eja.

tetiba teringat kata-kata pemujuk dari Allah SWT

"in every hardship, there is a relief. and verily, in every hardship, there is a relief."

As-syarh 5-6

cweet tak Allah tat titew? memang betul-betul ayat pemujuk yang kaw punye laa tu. sape yang tak happy jika dah terang-terang ada janji yang lepas dah hadapi susah, akan ada kesenangan. cuba kalau lecturer kita cakap, " fuu, (bajet je lecturer kenal nama glemer aku. eh?) kalau you buat assignment ni I bagi A+ dekat you for this coming exam."

perghh. sape tak nak terima offer macam tu weyyyyy!!! kalau laa lecturer cakap macam tu dekat aku, memang nyiru tapak tangan stadium malawati shah alam aku tadahkan. ;)
memang masa nak hadapi cabaran yang Allah bagi tu susah, tapi percaya janji Allah, DIA akan bagi kita kesenangan kelak kan? 

*sengih-nampak-gigi*


errr macam dah lari tajuk je. macam dah lari tajuk je. macam dah lari tajuk je. *tangan atas bahu, mata jeling kipas* 

Do you live up to your name? first time aku baca ayat ni dari novel Nah, Untuk Awak- Nirrosette. cerita dia macam ni, ada seorang perempuan tu nama dia Najiha. alkisahnya dia pergi melancong ke korea, then masa dekat masjid ada seorang foreigner yang non- muslim tanya nama dia. bila dia bagitau nama dia Najiha, mak cik foreigner tu tanya what's the meaning of the name? masa dia terrkial-kial nak jawab tu, Eid(watak dalam novel ni jugak) muncul dan tolong jawabkan. lepas tu Eid tanya Najiha, "so, do you live up to your name, Najiha?"

ooookkaayyy.. masa aku baca ayat ni sentap jugak kot. do I live up to my name?

nama setiap orang mesti ada maksud yang baik kan? bukan nye mak ayah kita saja-saja nak letak nama yang tak elok untuk anak-anak. yang pasti, nama haruslah ada maksud yang baik sebab itu ibarat doa untuk diri kita kan?



nama aku Farah Wahida. ramai yang panggil Fuu. maksudnya? jap nak cerita. eheh

Farah = happiness. kalau dalam Melayunya kegembiraan
Wahida = Pertama atau first.

dua-dua ni adalah dari perkataan arab. 

Fuu = wind/ angin

ni adalah dari bahasa Jepun.

kalau nak di-interpretasikan ( sungguh aku ni memartabatkan bahasa melayu ), kegembiraan  maksudnya perasaan yang bahagia + suka + happy. macam mana nak hidup yang berlandaskan gembira? adakah hanya gembira setakat di hati setakat di riak wajah semata-mata? of course tak kan. kita mestilah nak hidup kita gembira di dunia serta di akhirat. yang paling penting, akhirat. 

kalau nak diselak-selak al- Quran, berpuluh-puluh ayat Allah SWT sebut bahawa dunia ini hanyalah senda gurau, sekejap, dan dunia ni tak akan kekal pun. if i want to live up to my name, i have to set a higher goal, isn't it? bukan semata-mata ingin hidup happy di dunia yang penuh dengan tipu daya ni. set, aku nak hidup happy di akhirat, yakni di syurga. 

perasaan gembira tu benda yang dekat dengan hati. if we want our heart to remain happy, basic-nye kita kena ada perasaan tenang tu dulu. macam mana nak rasa tenang? jawapannya ada dalam kitab suci Al-Quran.

"dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang."

ar-Rad : 28

pertamanya. kita kena rasai sendiri roh Islam dalam jiwa kita, barulah akan membawa kepada ketenangan. bila jiwa dan hati kita tenang, perasaan gembira tu akan automatik hadir sebab kita tak ada rasa gelisah, atau sedih even Allah timpakan bermacam-macam dugaan untuk kita. sebab, bila kita mengingati Allah, yakni percaya bahawasanya Allah lah tempat kebergantungan kita, Allah lah yang lebih tahu apa yang lebih baik untuk kita, Allah menimpakan ujian tu sebagai tanda kasih sayangNYA terhadap kita, segala perasaan yang negatif kita akan tolak ke tepi. 

once kita dah betul-betul merasai perasaan perlunya kebergantungan kepada Allah, kita akan senang untuk redha jika Allah timpakan kesusahan atau apa sahaja dugaan dalam hidup kita. Allah kan dah berjanji kan? setiap kesusahan pasti ada kesenangan. 

every cloud has a silver lining.

farah, do you live up to your name? 

Think. Learn. Muhasabah. 

Allahu. Wallahualam.

Saturday, 9 November 2013

Selamat Hari Lahir :D

Birthday boy! He is already 3 years old. :) how fast the time flies.May Allah bless you dear.. inshaa Allah.. LOVE YOU <3 <3

-Muhammad Ashraf Firdaus-

Friday, 25 October 2013

Cer Citer..



Assalamualaikum. Salam dekat akhir oktober! Salam buat semua! Salam satu Malaysia! Ho ho ho. 

*over excited* istighfar.

Excited kejap sebab finally dapat meng-hupdate blog ni setelah sekian lama menyepi. Pheww~ memang busy tahap gaban, kelas hari-hari dari pukul 8 sampai 5. U.U tapi it’s okay, menuntut ilmu, perlukan pengorbanan. Masa yang terkorban dekat sekolah tu diganti oleh Allah dengan pahala. Inshaa Allah.

Sebenarnye lama tak update blog bukan sebab tak ada masa free tapi sebab tak ada internet.LOLs.  Ni pun si Inche unifi baru je pasang. Alhamdulillah.

*senyum sampai telinga*

Tapi nak katanya, tak mati pun hidup tak ada internet. Even kadang-kadang macam boring, (eh, ada jugak masa boring. Kalau ambik MBBS masa boring tu kena isi dengan buku :p), and kadang-kadang susah nak dapat info pasal lectures ke tutorial ke, tapi Alhamdulillah, I have my own informer. Muehehehehee.

Cerita first two weeks of my class. So far Alhamdulillah, dapat catch up walau pun kadang-kadang macam rasa nak pecah otak ni dengan banyak-banyak benda baru. Nak dihafal process biochem tu rasa azab giler. Glycolysis, glycogenesis, gluconeogenesis la, glycogenolysis laa, dengan kreb cycle, cori cycle, ni. Ni tak cakap lagi pasal nama enzymes yang nak sebut pun dekat terbelit lidah.  Bila nak jawab soalan tutorial, ternganga je aku bila Dr Khaled tanya. Dan aku dengan coolnye bagi killer smile sebab tak nak bagi dia marah. 

*flip tudung*

Lagi cerita, rasa tergugat dengan classmates yang bijak nak mati. Masa practical anatomy, semua benda even yang sekecil-kecil structure dekat body pun diorang (ramai tau yang pandai) boleh jawab. Aku rasa tu first time aku dengar that kind of words. Nyaris aku nak tuduh Dr. Gargi tu cakap bahasa Perancis masa dalam kelas. Phew~~ Tergugat-tergugat jugak, kadang-kadang keadaan macam tu bagi aku motivation nak lebih kuat study. Tapi kena selalu ingat laa, analogy telur putih telur kuning. Ilmu dunia kejar jugak, yang penting the first priority is ilmu akhirat. Kan hari tu  baru belajar pasal hadis Ghulam… Hehehe.

“ Sape nak jadi Ghulam?”

*angkat tangan!*

Eh jap. Hadis ghulam tu pasal remaja. Kalau nak info lebih lanjut boleh je tanya inche google. Hadis tu pasal kita remaja ni nak hidup macam mana. Nak jadi orang yang macam mana. Menuntut ilmu tu asasnya kena bersandar  kepada apa. Yakni semuanya kekuasaan Allah SWT.

Bak kata kak Muna,’ kita ni nak ke jadi macam hidup tak bagi effect dekat orang lain pun. Ada tak bertambah, mati tak berkurang?’ Ghulam tu bagi effect yang sangat mega dekat orang ramai. Walaupun dia mati, tapi kematian dia tu membuka hati orang ramai untuk beriman kepada Allah. Subhanallah. Jika kita nak lihat, nak releks diri kita kan, rasa-rasanya kalau kita meninggal kelak, dapat tak bagi effect sebesar itu? Paling koman pun bagi effect dekat kawan-kawan kita?

*tenung langit malam tanpa bintang*

Tapi yang pasti hadis ghulam ni sangat best untuk kita semua baca, hayati dan amalkan.

Okay jauh tersasar dari cerita pasal kelas tadi. Ye laa tergugat laa kan bila semua orang tahu benda yang kita tak tahu. -.-‘  tapi it’s okay sebab tu anugerah yang Allah bagi dekat diorang. Aku bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan dekat aku sebab aku yakin apa yang DIA tentukan itu adalah yang terbaikkkkkk (baca dengan nada Boboi Boy). Dan Allah sendiri berkata, apa yang DIA bagi itu adalah apa yang kita mampu tanggung. Allah nak suruh aku lebih banyak usaha di samping menguji kesungguhan dalam mencari ilmu akhirat.

:D

Cerita seterusnya, Alhamdulillah borang agreement MARA semua dah hantar. Cuma tunggu nak terima duit je. Inshaa Allah. Harap-harap takde problem dengan borang  tu. May Allah ease everything. Inshaa Allah :)

Hari ni je baru ada aktiviti mentoring ; pergi main boling dekat space u8. Okay sebenarnya aku bukan main boling pun, tapi main bola baling dengan bola boling. Hikhikhik. Macam laa aku pro sangat nak main boling tuu.. Semangat baling bola je lebih. Habis je main boling, rasa macam hilang sikit stress belajar. And cerita yang paling best pasal mentoring ni ialah aku dapat mentor yang baik sangat. First, he is a muslim. Then, he has such a fatherly heart ( this makes me miss my parents more) . *nanges*



Penutup.

Harap-harap minggu yang mendatang dapat aku lalui dengan jayanya! Inshaa Allah.. May Allah ease my study, my life, my heart and my everything. 

<3 <3 <3

P/S

Thursday, 3 October 2013

Sentimental Rant the Second


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Assalamualaikum. :D

Lagi nak update blog. Ye laa masa free-free ni laa pun aku nak merapu dekat blog. Nanti bila dah start kelas, dah start buzy, memang rasanya nak mengadap laptop pun takde masa. 

Heh, ye laa tu fuu.. LOL.

Speaking of start kelas, actually I am extremely nervous about these whole ‘medic’ things. Yeah, nervous because of the thinking that I might not be able to catch up with the studies. Nervous because maybe I am actually not really ready to study on becoming a doctor.

Astaghfirullah.

Why am I having this kind of thought? I have chosen this path and I MUST move along with it. Allah has stated that whatever HE gives you, it is the best for you. Either you like it or not. It can be that you love something which is not good for you, and it can be that you hate something which is good for you. HE knows indeed, but you know not. This piece from surah al-Baqarah always gives me strength that whatever I do, whatever decision I made, and whatever obstacles came in my way, it shows what Allah has decided for me. I must be confident and strong enough to accept it all even though it may hurt.

Yeah. It may hurt. It requires you hell to give it all. Pain is what came along. But people used to say ‘no pain no gain’ huh? True.

This feeling of why-I-choose-this-path is the beginning of the pain. My heart feels burdened and my mind could not control of having this thought. It is hurt though. But I will try my best to overcome this. I have people around me, I have my family, friends. I believe Allah has put me in the best position right now.

*smile :) *

Okay enough membebel about this feeling of mine. Hahaha. First time mencurahkan segala dekat blog pasal feeling-feeling. Pfftt. This is so not me. I guess writing is much more easier compared to talking, for this case. 

What blog has made me.. Whoo hoooo..

Baru lepas selak al Quran sebenarnya. Jumpa beberapa piece of ayat yang sangat best. Petika n dari surah an-Najm ayat 38-44.

(yaitu) bahawa seseorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain

Dan bahawa manusia hanya akan memperoleh apa yang akan diusahakannya

Dan sesungguhnya usahanya itu kelak akan diperlihatkan(kepadanya)

Kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna

Dan sesungguhnya kepada Tuhanmulah kesudahanya (segala sesuatu)

Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis

Dan sesungguhnya Dialah yang mematikan dan menghidupkan

Memang kena je dengan situasi aku. Usaha, hasil, menangis dan tertawa. Allah indeed is the Best Planner for all mankind. Apa yang kita usahakan, lama-lama akan Allah tunjukkan hasilnya. It doesn’t matter either we get the result in this duniya, ataupun Allah bagi hasilnya in the after world. Dan hasilnya itu adalah yang paling sempurna. Maksudnya the most perfect with our usaha lah. Kalau usaha tu ciput, hasil pun ciput laa kan?

Menangis dan tertawa. Bahagia atau sedih. Happy or miserable. The same thing kan? Ini Allah nak tunjuk apa yang result from our usaha tu gives us. Contohnya kalau kita usaha buat benda baik, Allah will gives us the good result and in the end- happy ending. If we did horrible thing, the result is of course bad and in the end- miserable. Agree much?

Formula nye senang:

GOOD USAHA -> GOOD RESULT -> HAPPY ENDING

BAD USAHA -> BAD RESULT -> SAD ENDING

p/s : usaha tangga kejayaan. this might sounds cliche but it is the truth. HE promises us in whatever we did, HE will give us the rewards. either it is good or bad, depends on our choice

Sunday, 29 September 2013

Hidden Talent



Assalamualaikum :D 

hari ni 29 hari bulan 9 2013. hari mendung. hari cuti. hari ahad. okbai aku tak tahu nak tulis apa sebenarnya. first thing nak cakap, aku ada cuti lagi seminggu sebab kelas akan start 7 hari bulan oktober ni. 

yeayyy.. *baca dengan nada tak ikhlas di sini.*

bila kelas tak start lagi, maknanya aku kena duduk shah alam ni bergoyang kaki lagi seminggu. tak buat apa. ma tak bagi balik sebab hari tu baru balik sebab nak siapkan borang mara dan insha Allah aku akan balik masa raya haji ni pulak. (makan daging.. yeayyyyy!!! daging bakar, daging goreng, sup daging, daging gulai, kari daging, daging... daging~~~ heaven!)

ok persoalannya di sini, apa aku nak buat masa cuti ni? krik krikkk... study before masuk first kelas degree?? err tak kot. buku pun tak beli apa lagi. course outline pun tak tahu lagi. and that's that. baca novel? errr... aku tak bawak satu pun novel ke sini. semua tinggal kat rumah. 

ok last sekali aku cuba nak asah bakat melukis. muahahahahahaa.. bajet betul. aku ni bukan tangan seni and aku lama giler dah tak melukis. idea nak melukis ni tetiba popped up dalam kepala aku masa dekat majlis pelancaran eye centre-prevent blindness. sebab masa kitorang register tu dia ada bagi beg kertas yang ada pensel. dan sebab bila aku guna pensel tu untuk conteng buku (ye laa tangan aku ni gatal sikit. bukan boleh duduk diam kalau ada pen ke pensel kat depan mata.) pastu aku rasa macam pensel tu bagi aura aku untuk melukis..

oooooo....kayyyy.. this may sounds scary and creepy lagi-lagi part yang 'pensel-tu-bagi-aura-aku-untuk-melukis'. agak-agak laa kan pensel tu ada aura ala-ala tok bomoh nak hasut aku macam ni... "lukis laa~~" "lukis laa~~~" :/ enough merapu. aku tak tahu nak cerita macam mana nak cakap yang bila aku pegang pensel tu aku jadi nak melukis. bukannya pensel tu bawa aura menghasut ke apa tapi pensel tu macam kena dengan tangan aku. errr.... apa aku merepek ni! ngeeeeeeeee..

tapi betullah tu. i can't explain with any other words. pheww~~~ 

hasil yang aku lukis yang pertama, gambar ni..


ainul :)

ni sebenarnya yang tak siap. nampak macam lawa kan? kekekekeee~~ *perasan pulak*
tapi bila aku siapkan full rasa macam tak jadi je.. sobs. 

ye laa sebab ni first time aku try lukis potret. sebelum ni lukis kartun pocoyo je reti.
bila dah start melukis ni, rasa seronok pulak. alangkah bestnye jika aku boleh mengabdikan keindahan ciptaan Allah ke dalam kanvas lukisan. subhanallah!

sekarang ni tengah berusaha nak lukis Ji Hyo. jadi ke idak den pun tak tahu. tak apa laa seminggu cuti ni aku nak asah bakat melukis aku sampai meletop! yawww~ 

over pulak. *istighfar cepat-cepat. *

last sekali, harap bila kelas start nanti aku boleh follow up dengan apa yang lecturer ajar. semoga belajar ni Allah permudahkan.. pray for me please :D *wink*

p/s : rindu rumah. rindu masakan ma. rindu ashraf. 

Monday, 23 September 2013

Sentimental Rant



Memang. Dugaan tu kalau nak datang, kadang-kadang bertindan-tindan terus. Sama ada kita sedar atau tak. What do you expect? Life is always a bed of roses? Naaaaaa. Challenges are what make our life meaningful, rite? Roses have thorns. And  of course it is hurt. Tapi kalau kita takutkan that ‘thorns’, how can we enjoy the fragrance of the ‘roses’?

Deep.

Memang.

Sebab aku memang inginkan ayat yang deep yang boleh buat aku dan orang lain fikir.

Sebab aku seorang manusia, dan manusia memang tak lepas dari diuji.

Sebab aku kadang-kadang ialah seorang insan yang lalai.

Lalai bila dah ada nikmat di depan mata. Lalai bila merasa diri berada di ‘zon selesa’. Lalai bila segala kemahuan ada di depan mata.

Dalam sedar atau tak, nikmat itu adalah ujian. Ujian buat manusia yang leka.

Lepas maghrib..

Baru selesai tadabbur surah al- Jasiyah sebenarnya  yang dalam tiga muka surat lebih. Tersentap bila jumpa ayat ni;

“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan  Allah membiarkannya sesat dengan sepengetahuanNYA dan  Allah telah mengunci pendengaran  dan hatinya serta meletakkan tutup atas penglihatannya? Maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah (membiarkannya sesat)? Mengapa kamu tidak mengambil pengajaran?”

Ayat 23.

Antara effect cengkerik dengan lempang sampai bisu. Speechless sebab rasa kena tepat pada muka.

Astaghfirullah.

Lagha sebenarnya aku ni. Seram bila baca tentang Allah kunci pendengaran dan hati seseorang itu. Naudzubillah, mohon Allah jauhkan hal tersebut. Rasanya macam ayat “mengapa kamu tidak mengambil pengajaran?” tu Allah betul-betul tuju depan batang hidung. Hati ni susah sangat nak istiqomah dalam buat satu-satu hal. Bila dah rasa macam ‘selesa’ sikit, mula laa menjadi lagha. Sebab tu lah kadang-kadang ujian Allah dengan kenikmatan ni lagi berat daripada dengan kesusahan.

Memang lah bila datangnya ujian Allah, itu tanda DIA sayang. Bila tiada dugaan yang menimpa, itu terkadang lebih membimbangkan. Risau jika Allah turunkan ujian yang cukup berat kelak. Namun, janji Allah ; ‘DIA tidak akan menguji hambaNYA melainkan apa yang mampu.’
Betul. Kata-kata Allah sentiasa benar.

Tapi kita kadang-kadang susah nak percaya.  Buktinya?

Kita tetap melakukan maksiat walaupun Allah sudah berfirman terang lagi bersuluh trang tang tang yang  orang yang melakukan maksiat tempatnya di neraka.

Kita tetap tak menjaga ikhtilat antara lelaki dan perempuan sedangkan kita tahu hubungan antara ajnabi tanpa ada sebab yang membolehkan adalah haram.

Tuju diri sendiri sebenarnya. *lempang pipi kiri kanan*

Tetiba dalam masa-masa macam ni teringat pulak lagu Centre for Foundation IIUM, bagi aku lagu ni sangat inspiring, sangat bagi makna yang mendalam. Juga merupakan satu tugas yang diberi buat students. Eh bukan students je, rasanya sape-sape pun boleh apply dalam hidup. 

Khalifah.

We are the torchbearers for the ummah
Guided by al-Quran and Sunnah
Foundation Centre of IIUM
Gateway to the Garden of Knowledge and Virtue

Got it? Fikir-fikirkan. Nanti lepas ni akan ada lagi sambungannya. Inshaa Allah..

p/s : baru register masuk untuk degree. Phewww~~ dan sekarang tengah dalam minggu orientasi for MBBS students. Nervous nak start belajar. Terkadang rasa macam ada doubt nak sambung belajar dalam course ni bila dengar briefing. Astaghfirullah. Semoga jalan yang aku ambik ni adalah yang terbaik. Fighting!! Belajar untuk dunia dan akhirat.  Pray for me, sahabat XOXOXO